Program Pembangunan Profesional MARA: Peluang Pengajian Peringkat Profesional Tajaan MARA Buat Graduan
MARA menawarkan peluang pengajian ke peringkat profesional di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka kepada graduan cemerlang bagi memperkasakan modal insan untuk keperluan negara.
Professional Development Programme (Pro-P) adalah program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke peringkat Profesional/Pakar di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam negara kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui Portal MARA. Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan cara mohon.
Isi Kandungan
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan bagi calon yang berminat mengikuti Professional Development Programme (Pro-P) dibuka sepanjang tempoh berikut:
- 9 Ogos hingga 23 Ogos 2022 (Selasa)
BENTUK TAJAAN
Tajaan pinjaman pelajaran dalam negara merangkumi:
- Yuran Pengajian
- Elaun Sara Hidup
- Elaun Pengangkutan
- Elaun Pengangkutan (pergi dan balik) hanya akan dibayar kepada pelajar Semenanjung yang mendapat tawaran pengajian di Sabah/Sarawak atau pelajar Sabah/Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung
Bagi pengajian luar negara, tajaan pelajaran merangkumi:
- Yuran Pengajian
- Elaun Sara Hidup
- Elaun Penempatan
- Elaun Pengangkutan (pergi & balik)
- Visa
- Insurans.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan umum yang perlu dipenuhi untuk mengikut program ditawarkan:
- Warganegara Malaysia
- Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa berstatus Bumiputera
- Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh seorang pengamal perubatan yang berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakitmental, cacat zikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS), Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah
- Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga tidak termasuk dalam Senarai Hitam atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
- Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai perletakan jawatan daripada majikan.
SENARAI INSTITUSI & SYARAT PROGRAM
Berikut adalah senarai institusi yang ditawarkan beserta syarat program yang ditaja:
Pemohon dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbang untuk ditawarkan Program Pro-P.
CARA MEMOHON
Graduan yang berminat untuk sambung pengajian peringkat profesional di bawah tajaan MARA boleh buat permohonan secara atas talian melalui Portal MARA di pautan berikut:
Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan. Pemohon juga dinasihatkan membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.
Sebarang maklumat berkaitan ujian psikometrik atau proses temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon dari semasa ke semasa melalui emel.