Mohon Program Pembangunan B40 (Penjana HRDF) Bagi Mengingkatkan Kemahiran Usahawan
Program Pembangunan B40 Penjana Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Malaysia bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan para peserta di samping membuka peluang pekerjaan bagi meningkatkan pendapatan mereka.
KISMEC amat mengalu-alukan mereka yang berkelayakan dan berminat untuk menceburi bidang keusahawanan melalui program latihan percuma yang ditawarkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program usahawan ditawarkan dan cara mohon.
Isi Kandungan
PROGRAM DITAWARKAN
Antara program ditawarkan kepada individu yang berminat adalah:
- Usahawan kek dan roti
Terhad kepada 25 peserta
Dijalankan di Kolej Komuniti Kepala Batas - Usahawan Guntingan dan Dandanan Rambut
Terhad kepada 25 peserta
Dijalankan di KISMEC Sungai Petani - Jahitan Jubah dan Skirt
Terhad kepada 20 peserta
Dijalankan di Kolej Komuniti Kepala Batas
Setiap peserta akan menerima kit permulaan perniagaan PERCUMA selepas tamat program latihan. Peserta perlu hadir sepenuhnya program latihan selama 7 hari untuk layak mendapat kit permulaan perniagaan percuma. Makan dan minum disediakan sepanjang tempoh latihan.
KELAYAKAN PENYERTAAN
Penyertaan program adalah terbuka kepada:
- Kategori B40
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
- Pendapat seisi rumah tidak melebihi RM3850
Keutamaan diberikan kepada:
- Suri rumah
- Ibu tunggal
- Pemegang kad OKU
- Pekerja yang diberhentikan
- Bekerja sendiri
- Tidak bekerja
CARA MOHON
Pendaftaran secara online dibuka sehingga 14 Mei 2021. Individu yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan boleh buat pendaftaran sekarang bagi mengikuti program ditawarkan. Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut:
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh hubungi salah satu talian berikut:
- Afif: 019 934 4621
- Yoges: 019 473 4621
- Farhana: 017 529 8747