JUMP MEDAC: Daftar Program Pemasaran Melalui Platform E-Dagang Buat Usahawan Kecil Sederhana

Program Jom Ubah Minda Peniaga (JUMP) merupakan program inisiatif Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dalam usaha meningkatkan penyertaan usahawan kecil dan sederhana yang ingin membawa perniagaan mereka ke arah digital.

Melalui program ini, usahawan kecil dan sederhana yang mendaftar untuk penyertaan akan dilatih untuk memulakan pemasaran promosi produk dalam platform e-dagang. Pelbagai manfaat akan diperoleh melalui program JUMP.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan program yang ditawarkan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Jom Ubah Minda Peniaga (JUMP)
  • Anjuran: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC)
  • Tarikh: 14 – 15 Julai 2021 / 28 – 29 Julai 2021
  • Masa: 9.30 pagi hingga 5.30 petang
  • Kaedah program: Melalui Google Meet

KRITERIA PENYERTAAN

  • Terbuka kepada usahawan mikro dan warganegara Malaysia
  • Syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang patuh syariah
  • Berdaftar sebagai Penjual di Pybli mulai Mac 2021
  • Merupakan pengasas produk atau pengedar yang sah
  • Menjalankan perniagaan sedia ada secara fizikal (outler/kiosk dsb) atau secara atas talian

MANFAAT PROGRAM JUMP

  • Pendaftaran usahawan secara PERCUMA
  • Latihan dan bimbingan diberikan secara PERCUMA
  • Aktiviti pemasaran dan promosi program JUMP
  • Peluang kolaborasi dengan rakan strategik bagi tujuan pemasaran dan promosi

MODUL PROGRAM JUMP

  • Pengurusan “Dashboard” PYBLI
  • Pengguna, Pemasar & Teknologi
  • Franchise Roadmap

CARA DAFTAR

Usahawan yang berminat boleh buat pendaftaran sekarang untuk sertai program JUMP yang akan dilaksanakan secara online melalui Google Meet. Program latihan paling awal akan berlangsung tarikh yang ditetapkan.

Klik pautan di bawah untuk daftar penyertaan:

Berikut adalah tarikh program dilaksanakan:

  • 14 Jul & 15 Jul 2021
  • 28 Jul & 29 Jul 2021
  • 12 Aug & 13 Aug 2021
  • 24 Aug & 25 Aug 2021
  • 7 Sep & 8 Sep 2021
  • 21 Sep & 22 Sep 2021
  • 5 Oct & 6 Oct 2021

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma