PNB GET: Tawaran Program Pelatih Graduan Eksekutif PNB Buat Graduan Menganggur. Elaun RM2,000 Diberi

Permodalan Nasional Berhad (PNB) menganggap kakitangan mereka adalah elemen utama keupayaan organisasi PNB untuk memenuhi mandat yang telah diamanahkan kepada mereka. Memperkukuhkan modal insan adalah keutamaan strategik tertinggi dan PNB menyediakan warga kerjanya dengan pelbagai peluang pembelajaran sepanjang hayat.

PNB kini membuka tawaran kepada para graduan di Malaysia dengan kelayakan akademik yang relevan untuk menjadi Pelatih Pengurusan PNB melalui Program Pelatih Graduan Eksekutif PNB (PNB GET). Jangan lepaskan peluang ini, graduan yang sertai akan menerima pelbagai manfaat!

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran program dan panduan buat permohonan.

PROGRAM PELATIH GRADUAN EKSEKUTIF PNB (PNT GET)

Program Pelatih Graduan Eksekutif PNB (PNB GET) bertujuan untuk membantu graduan Malaysia yang menganggur (tempatan atau luar negara) untuk memajukan kerjaya mereka pada masa akan datang. Kami meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang berkaitan sepanjang proses latihan.

  • Nama majikan: Permodalan Nasional Berhad (PNB)
  • Nama program: Program Pelatih Graduan Eksekutif PNB (PNB GET)
  • Struktur program: 2 bulan kelas insentif soft skills & 6 bulan on-the-job training

MANFAAT PROGRAM

Graduan yang berjaya mengikuti program ini akan menerima elaun bulanan seperti berikut:

  • Peringkat diploma: RM1,800 sebulan
  • Peringkat sarjana muda & ke atas: RM2,000 sebulan

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan mengikuti Program Pelatih Graduan Eksekutif PNB (PNB GET) adalah:

  • Minima kelayakan Diploma
  • Warganegara Malaysia
  • Minimum CGPA 3.00
  • Mempunyai motivasi diri dan sikap yang baik

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk bina kerjaya bersama PNB melalui Program Pelatih Graduan Eksekutif PNB (PNB GET) dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan melalui email. Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan melalui emel di alamat berikut:

  • pnbget@pnb.com.my

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan program latihan ditawarkan, anda boleh terus ke laman web rasmi PNB di pautan https://www.pnb.com.my/.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma