Latihan Kemahiran Percuma Untuk Belia Tanpa Sijil SPM Melalui Program MyFuture Youth Plus Kementerian Belia dan Sukan (KBS)

Untuk memberi peluang kepada semua belia mendapatkan latihan kemahiran secara sambilan, My Future Youth Plus menawarkan kemudahan latihan secara PERCUMA kepada semua belia yang tidak mempunyai sijil SPM untuk memperolehi sijil kemahiran dari ILKBN dan pusat latihan TVET.

Rebutlah peluang keemasan ini dengan mengikuti latihan jangka pendek yang mengsasarkan 700 peserta dan mempunyai 70 program dalam 14 bidang kemahiran disediakan kepada belia Malaysia.

Peserta kursus akan layak menerima sijil penyertaan kursus modular dan seterusnya peserta program boleh meneruskan pengajian untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) menerusi Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT).

PROGRAM KEMAHIRAN UNTUK BELIA TANPA SPM

MFYP merupakan projek rintis oleh Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), pertubuhan bukan kerajaan dan institusi latihan kemahiran swasta yang menawarkan peluang dan alternatif kepada belia tanpa kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang tercicir daripada alam persekolahan.

Inisiatif KBS ini bertujuan memaksimumkan potensi belia dengan memberi peluang kepada lebih ramai belia mendapat kemahiran, menceburi bidang keusahawanan dan meningkatkan minat mereka untuk menceburi bidang kemahiran selari dengan hasrat kerajaan.

Program ini sekali gus menyumbang kepada gejala sosial negatif terutama dalam kalangan belia berisiko dan golongan terpinggir.

70 KURSUS PERCUMA DI 21 INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN BELIA & SUKAN (ILKBS)

Pelaksanaan program ini adalah secara berperingkat dengan penawaran 70 kursus percuma oleh 21 ILKBS (IKTBN, Institut Kemahiran Belia Negara dan Akademi Kemahiran Belia Golf) di seluruh negara.

Antara kursus yang ditawarkan ialah asas fotografi, kimpalan, pastri, jahitan, automotif, dan multimedia.

BAGAIMANA MOHON PROGRAM MY FUTURE YOUTH PLUS?

Belia yang berminat untuk memiliki sijil kursus modular ini boleh melayari pautan di bawah atau hubungi ILKBS berdekatan.


Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma