Permohonan Program Kemahiran Untuk Lepasan PT3/SPM Kemasukan Ogos 2020
Peluang bagi lepasan sekolah peringkat PT3 dan SPM untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Johor Skills Development Centre menyediakan program kemahiran sesuai untuk lepasan PT3 dan SPM yang berminat untuk mendalami bidang kemahiran.
Program yang ditawarkan adalah bagi kemasukan Ogos 2020 iaitu pada 18 Ogos 2020. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai program kemahiran yang disediakan.
Isi Kandungan
OBJEKTIF PROGAM
Antara objektif program yang dijalankan adalah untuk:
- Memberi peluang kedua kepada belia yang keciciran pembelajaran untuk menceburi bidang kemahiran teknikal.
- Meningkatkan kemahiran teknikal serta peluang pekerjaan golongan belia.
- Meningkatkan pendapatan dan memperbaiki kualiti hidup isi rumah.
SYARAT KEMASUKAN
Antara syarat-syarat kemasukan program adalah:
- Boleh menulis, Membaca dan Mengira.
- Bukan terdiri daripada pelajar sekolah atau penuntut yang sedang mengikuti pengajian.
- Berumur dari 15 hingga 25 tahun.
- Pendapatan keluarga tidak melebihi RM5,000.00 sebulan.
PROGRAM YANG DITAWARKAN
Antara program yang ditawarkan beserta tempoh pelaksanaan adalah seperti berikut:
- Operasi Penyelenggaraan Industri ( SKM Tahap 3) – 18 Bulan
- Perkhidmatan Kejuruteraan Automasi Industri (SKM Tahap 2 & 3) – 18 Bulan
- Operasi Pemesinan (SKM Tahap 2 & 3) – 21 Bulan
- Pengujian Penembusan – Pembinaan Terkimpal (SKM Tahap 2) – 5 Bulan
FAEDAH PROGAM
Peserta akan menerima faedah seperti berikut:
- Yuran pengajian ditanggung oleh Kerajaan
- Asrama dan pengangkutan disediakan dengan bayaran minima
CARA MENDAFTAR
Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk menyertai program, anda boleh buat pendaftaran dengan langkah berikut:
- Klik pautan Pendaftaran Program Lepasan SPM/PT3
- Pilih salah satu program yang ditawarkan
- Lengkapkan maklumat peribadi
- Tick pada kotak i’m not a robot
- Klik Submit
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai program kemahiran yang ditawarkan, anda boleh hubungi Johor Skills Development Centre di talian 07 252 1606 atau email ke alamat jsdc@puspatri.edu.my. Anda juga boleh terus ajukan pertanyaan melalui aplikasi WhatsApp di +60 17-669 9670.