Program Latihan Siswazah (Sistem Mekatronik) Percuma. Jaminan Kerjaya & Elaun Bulanan Diberi

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dengan usahasama Federation of Malaysian Skills Development Centres (FMSDC) ingin menjemput para lepasan graduan untuk mendapatkan Sijil Profesional tambahan dengan pelbagai faedah diberi.

Tawaran Program Persijilan dalam Sistem Mekatronik kini dibuka buat graduan yang berminat. Sistem mekatronik merupakan sinergi gabungan elemen-elemen utama kejuruteraan yang amat diperlukan dalam setiap sektor industri di Malaysia.

Kebolehpasaran graduan di dalam bidang sistem mekatronik adalah amat tinggi dan sentiasa menjadi rebutan industri.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Tempoh Program: 60 hari
  • Nama Program: Expert Craftman In Mechatronics System
  • Tempat: KISMEC Kampus Kulim (K2)

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Warganegara Malaysia dan bumiputera
  • Berumur 21 hingga 26 tahun semasa memohon
  • Lepasan Diploma/ Ijazah (Kejuruteraan/ Teknologi)
  • PNGK sekurang-kurangnya 2.50 dan ke atas
  • Tidak melebihi 3 tahun tempoh bergraduasi dan tidak bekerja

KELEBIHAN PROGRAM

Antara kelebihan menyertai program latihan siswazah ini adalah:

  • Yuran pengajian ditaja Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera
  • Elaun dan Penginapan disediakan
  • Pensijilan Diiktiraf oleh Badan Profesional
  • Jaminan kerjaya dalam insdustri Mekatronik dan berkaitan

CARA DAFTAR

Sekiranya anda berminat dengan program yang ditawarkan, anda boleh daftar sekarang melalui pautan berikut:

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan program yang ditawarkan, anda boleh hubungi salah satu talian berikut:

  • Hotline: 04 441 4619
  • WhatsApp (En Muzamil): 019 449 5384

Program Latihan Siswazah (Sistem Mekatronik) Percuma. Jaminan Kerjaya & Elaun Bulanan Diberi

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma