Permohonan Program Latihan Protege Entreprenuer Teknikal TNB Di Buka ~ Keutamaan Untuk Golongan Pendapatan B40 & M40

Apa itu PROTEGE ?

Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) telah dilancarkan pada 28 Januari 2019 merupakan satu program latihan keusahawanan dan kebolehpasaran bagi membentuk dan membimbing para belia dengan kerjasama pakar industri dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan (job creators) yang kompetitif dan bersedia ke pasaran global serta pencari kerja (job seekers) yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan industri semasa.

Kumpulan sasaran adalah golongan:

  1. Lepasan Sijil, Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, dan PhD
  2. Berasal dari keluarga berpendapatan rendah (B40) atau tinggal di kawasan pedalaman
  3. Ingin mendapatkan latihan dalam bidang usahawan dan pekerjaan

Terkini, TNB telah menjalankan Program Latihan Protege Entreprenuer Teknikal TNB dikhaskan untuk lepasan Sijil, Diploma Elektrikal, Elektronik, Mekatronik atau yang setara.

Permohonan menyertai Program Latihan Protege Entreprenuer Teknikal TNB telah pun di buka dan calon berminat serta layak boleh membuat permohonan segera melalui pautan disediakan di bawah.

Permohonan Program Latihan Protege Entreprenuer Teknikal TNB Di Buka

Protege Entreprenuer Teknikal

  • Objektif utama PROTÉGÉ Entrepreneur-Technical adalah mendedahkan peserta dengan asas keusahawanan (entrepreneur mind setting) melalui latihan intensif dan seterusnya meningkatkan peluang pekerjaan peserta samada usahawan atau pekerja melalui entrepreneurial thinking.
  • Latihan Teknikal – 11 hari di TNB Intergrated Learning Solutions Sdn. Bhd. (ILSAS) Bangi, atau Malim Nawar / Johor Bahru.
  • Program usahasama dengan Program Pembangunan Vendor (PPV), Bahagian Procurement & Supply Chain, Tenaga Nasional Berhad.
  • Program Latihan yang ditawarkan adalah satu daripada modul-modul yang tersebut :-
    • Pencawang atau
    • Talian Atas atau
    • Kabel atau
    • Penjangkaan (Metering)

Syarat Kelayakan Am

  • Warganegara Malaysia
  • Sijil / Diploma Elektrikal, Elektronik, Mekatronik atau yang setara.
  • SPM/SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik serta lulus mata pelajaran Pendidikan Islam / Pendidikan Moral.
  • Had umur tidak melebihi 28 tahun.
  • Keutamaan diberi bagi mereka yang mempunyai pendapatan isirumah yang rendah (Golongan Pendapatan B40 & M40)
  • Tiada masalah kesihatan.Syarat Kelayakan Tambahan Mengikut Program
Program Kelayakan
Pencawang Sijil / Diploma Kejuruteraan Elektrik atau setara
Talian Atas Sijil / Diploma Kejuruteraan Elektrik atau setara dan pemegang Sijil Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman) A1
Kabel Sijil / Diploma Kejuruteraan Elektrik atau setara
Penjangkaan (Metering) Sijil / Diploma Kejuruteraan Elektrik atau setara dan pemegang Sijil pendawaian Elektrik 3 Fasa (PW4)

Faedah Penyertaan

  • Peserta yang berjaya menyempurnakan program akan ditauliahkan 3 sijil iaitu Tenaga Safety Passport, Sijil CIDB dan Sijil Kemahiran Teknikal/ Sijil Kelayakan Teknikal
  •  Peserta turut berpeluang bekerja dengan Kontraktor Kerja Bumiputera (KKB) / vendor TNB dengan kelayakan yang diperolehi melalui program ini.

Bagaimana Mohon?

Untuk memohon anda boleh terus ke laman TNB melalui pautan di bawah:

PERMOHONAN PROTEGE TNB

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma