Tawaran Program Latihan Kemahiran Dan Penempatan Kerjaya Tajaan Penuh MAIWP

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) membuka tawaran mengikuti Latihan Kemahiran Dan Penempatan Kerjaya (Skim Bantuan Latihan Kemahiran Industri) kepada lepasan SPM yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan.

Calon yang terpilih untuk mengikuti program ini akan diberi bantuan penuh yuran penuh sepanjang pengajian dan elaun sara diri seterusnya dijamin mendapat tawaran pekerjaan selepas berjaya menamatkan pengajian.

Semak syarat kelayakan dan maklumat permohonan di bawah.

KEISTIMEWAAN PROGRAM

Antara kelebihan menyertai program ini adalah:

  • Jaminan tawaran pekerjaan
  • Tajaan penuh yuran pengajian & elaun bulanan
  • Asrama & kemudahan disediakan

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi:

  • Berumur 18 hingga 35 tahun,
  • Keutamaan yang menetap di Wilayah Persekutuan,
  • Bersedia mengikuti pengajian Latihan Kemahiran Industri selama tempoh yang ditetapkan,
  • Boleh membaca, mengira dan menulis (3M),
  • Dan syarat yang akan ditentukan oleh institusi masing-masing.

SENARAI INSTITUSI

Berikut adalah senarai institusi dan program yang ditawarkan:

  • Admal Aviation College
    (Kursus Aircraft Ground Handling Technicial (AGHT) – 6 bulan
  • Tan Ching Technical Institute
    (Kursus Automatif) – 24 bulan
  • Auto Prima College
    (Kursus Mekatronik -Automasi Industri) – 12 bulan
  • KAT Welding Academy
    (Kursus Profesional Kimpalan) – 2 bulan
  • Akademi Binaan Wilayah Utara
    (Kursus Hydraulic Excavator Operation + Mobile Crane Operation) – 5 bulan
  • AZMIDA Technical College
    (Kursus Pemasangan Dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa) – 12 bulan

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat dengan program latihan kemahiran sesi Oktober yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan sebelum 7 Oktober 2020. Anda boleh hadir ke ibu pejabat Baitumal MAIWP atau ke pusat agihan zakat untuk mengisi borang pendaftaran.

Anda juga boleh buat pendaftaran secara atas talian di pautan berikut:

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pembangunan Akademik, Bahagian Baitumal MAIWP di talian 03 4047 7600 / 7432 / 7413 / 7412.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma