Tawaran Program Latihan Kemahiran & Kerjaya 2020 Buat Lepasan SPM. Mohon Sekarang
Kolej Ketengah dengan tajaan penuh Kementerian Pembangunan Luar Bandar kini membuka tawaran Program Latihan Kemahiran & Kerjaya Tahun 2020 untuk kemasukan segera. Tawaran adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun.
Golongan miskin dan miskin tegar yang berpendapatan rendah (B40) adalah digalakkan untuk memohon bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang yang ditawarkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran kursus dan permohonan.
Isi Kandungan
KURSUS YANG DITAWARKAN
Antara kursus latihan dan kemahiran yang ditawarkan adalah:
- Pengendalian Jentera Berat – 1 Kekosongan
- Blasting & Painting – 4 Kekosongan
- Mechanical Fitting – 7 Kekosongan
- Insulasi Paip Gas – 5 Kekosongan
SYARAT PERMOHONAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Warganegara Malaysia
- Keutamaan kepada penduduk dalam Wilayah ketengah
- Berumur 18 tahun hingga 35 tahun
- Memiliki SPM atau minima sijil PMR
- Golongan miskin dan miskin tegar yang berpendapatan rendah (B40)
- Bagi kursus Pengendalian Jentera Berat mesti memiliki lesen memandu kelas (D) dan berumur 22 tahun ke atas
- Berminat dalam bidang kemahiran
- Tidak pernah menerima penajaan daripada program PLKK Ketengah atau mana-mana agensi sebelum ini.
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat untuk sertai kursus yang ditawarkan, anda boleh hubungi salah satu talian berikut:
- En. Izurin – 013 650 1579
- Pn. Norida – 019 998 3213
- Cik Norzila – 019 905 8737