JPA Buka Tawaran Tajaan Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM)
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa lepasan SPM mohon tajaan Program Khas Lepasan Sijil Lepasan Malaysia Dalam Negara (LPSM). Program ini merupakan penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran dalam negara.
Calon-calon akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities (GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenalpasti, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tajaan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan bagi Program Khas Lepasan Sijil Lepasan Malaysia Dalam Negara (LPSM) dibuka sepanjang tempoh berikut:
- 20 Jun – 26 Jun 2022
PENAJAAN MENGIKUT PERINGKAT PENGAJIAN
Penajaan di bawah Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LPSM) ini adalah secara berpakej merangkumi peringkat Persediaan dan Ijazah Pertama.
- Calon-calon yang berjaya akan mengikuti program persediaan di kolej persediaan dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan
- Seterusnya, penajaan peringkat Ijazah Pertama adalah di IPT dalam negara sahaja tertakluk kepada pelajar melepasi Had Kecemerlangan Akademik (HKA) di Peringkat Persediaan.
Bidang pengajian yang TIDAK DITAJA adalah merangkumi:
- Bidang pendidikan
- Kejururawatan
- Sijil Profesional untuk perlesenan seperti lesen penerbangan
- Kursus profesional seperti CLP dan CA
Pemohon tidak dibenarkan untuk mengikuti program persediaan dengan pembiayaan sendiri. Sekiranya berbuat demikian, pemohon tidak akan ditawarkan penajaan di peringkat Ijazah Pertama di bawah program ini.
Sekiranya pelajar yang ditaja tidak menamatkan kursus persediaan atau menamatkan kursus persediaan tetapi gagal melepasi HKA yang ditetapkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama, penajaan pelajar boleh ditamatkan.
SYARAT KELAYAKAN
Calon yang melepasi syarat kelayakan dinyatakan di atas dipelawa untuk mohon:
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai kesihatan yang baik
- Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA
- Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama
- Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama
- Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki
- Keutamaan diberikan kepada calon daripada latar belakang keluarga dengan kategori pendapatan B40 dan M40
- Pelajar hendaklah mendapat keputusan SPM sekurang-kurangnya 9A+ dalam mana-mana mata pelajaran tanpa mengambil kira mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada)
- Memulakan pengajian peringkat Persediaan sebelum 31 Disember tahun penawaran biasa
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat dengan tajaan ditawarkan oleh JPA dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan secara dalam talian melalui pautan berikut:
Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk turuan penyimpanan data.
Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara Tahun 2022 sebagai bukti permohonan telah dibuat.
Calon-calon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri SAC. Tujuan SAC adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar, menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA. Program SAC dijadualkan pada 4 hingga 7 Julai 2022 mengikut zon pusat temuduga.