Permohonan Mengikuti Program Kelayakan Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Ambilan 2022
Dimaklumkan bahawa Insitut Aminuddin Baki (IAB) akan melaksanakan Program Kelayakan Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Ambilan Tahun 2022 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang layak. PPP yang memenuhi syarat -syarat yang ditetapkan boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui Sistem Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS).
Permohonan hanya dibuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkhidmat di Bahagian atau Jabatan Pendidikan Negeri yang berkenaan sahaja dan mengikut bidang pengkhususan serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kelayakan menyertai NPQEL dan cara membuat permohonan.
Isi Kandungan
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan bagi ambilan tahun 2022 dibuka sepanjang tempoh berikut:
- 31 Mei 2021 hingga 8 Ogos 2021
- Proses sokongan Ketua Jabatan akan berakhir pada 15 Ogos 2021
SYARAT PERMOHONAN
Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat permohonan berikut:
Syarat Umum
- Telah disahkan dalam perkhidmatan;
- Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya 85% berdasarkan wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)/Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) tiga (3) tahun terakhir;
- Bebas daripada tindakan tatatertib;
- Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh tidak melebihi lima (5) tahun;
- Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan
- Diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
Syarat Khusus
- Telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 (bagi calon Pengetua) atau Gred DG32/DG34 (bagi calon Guru Besar) atau sekurang-kurangnya lima (5) tahun di Gred DG29 bagi calon Guru Besar SKM(B) untuk urusan penempatan pemangkuan;
- Mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu:
– Pengetua: Bidang Umum/Teknikal/Pendidikan Islam;
– Guru Besar: Bidang Umum/Cina/Tamil; - Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun berkhidmat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran/Penolong Kanan (termasuk Penolong Kanan yang dilantik secara pentadbiran di SKM(B)/jawatan-jawatan pentadbiran di PPD/JPN/ Bahagian/Institut Aminuddin Baki/Institut Pendidikan Guru/Kolej Matrikulasi;
- Mempunyai baki tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya lima (5) tahun sebelum bersara bagi penempatan ke jawatan PGB (tertakluk kepada tarikh kekosongan); dan
- Melepasi tahap kesihatan yang memuaskan (Perenggan 9, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2013).
CARA MEMOHON
Individu yang memenuhi syarat kelayakan di atas dan berminat untuk mohon program yang ditawarkan boleh buat permohonan secara dalam talian melalui Sistem Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) di pautan berikut:
Pemohon yang layak akan disenarai pendek untuk mengikuti sesi pentaksiran yang diuruskan oleh Bahagian/ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Jabatan Pendidikan Wilayah persekutuan (JPWP) masing-masing.
Calon yang berjaya melepasi grid skor minimum pentaksiran dan diperaku oleh Bahagian / JPN/ JPWP serta Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) akan ditawarkan bagi mengikuti program NPQEL tanpa perlu memohon cuti belajar dan melepaskan jawatan hakiki yang disandang.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh dapatkan di laman https://moe.gov.my.