Tawaran Program Industry LED Professional Certificate IPC Buat Penganggur. Elaun Sehingga RM2,000 Sebulan

Tawaran menarik buat penganggur, lepasan SPM dan individu yang dibuang kerja! Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Malaysia Automotive, Robotics And IoT Institute (MARii) & MITI menawarkan Program Industri LED Professional Certificate IPC buat individu yang berminat.

Tawaran ini adalah terbuka kepada anda yang ingin bekerja. Tiada apa-apa kelulusan diperlukan, hanya niat untuk bekerja sahaja. Peserta program berpeluang mendapat pekerjaan setelah tamat kursus.

Untuk maklumat lanjut, baca di perkongsian bawah.

KELEBIHAN PROGRAM PIC

Antara kelebihan menyertai program PIC adalah:

  • Penginapan, makan & minum, pengangkutan disediakan
  • Latihan dan Sijil disediakan
  • Peluang kerja dalam bidang automotif, elektrik & elektronik, pembuatan dan industri 4.0
  • Elaun latihan selama 6 bulan dibayar terus oleh kerajaan kepada peserta
  • Gerenti dapat kerja & gaji permulaan yang tinggi daripada pasaran

KURSUS LATIHAN WAJIB

Peserta akan mengikuti kursus latihan wajib berikut sepanjang kursus:

Tahap 1: Kursus Persediaan – 1 bulan

  • Akan diberi pengetahuan aspek jati diri, motivasi, komunikasi, asas IT dan lain-lain
  • Pengenalan kepada industri elektronik dan pembuatan
  • Diberi elaun RM200 sebulan

Tahap 2: Latihan Industri – 5 bulan

  • Setelah tamat kursus persediaan, peserta akan ditempatkan di industri berhampiran selama 5 bulan untuk latihan sambil kerja (OJT)
  • Elaun RM1000 sebulan diberikan dan boleh mencecah hingga RM2000 jika bekerja lebih masa

Tahap 3: Alam Pekerjaan

  • Tamat OJT akan diberi insentif tambahan tamat program sebanyak RM1000
  • Akan ditawarkan kerja tetap dengan gaji minima RM1800 – RM2200

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran ini adalah terbuka kepada semua, tidak kira jantina dan kaum. Semua boleh mohon dengan syarat:

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai minima kelayakan sijil SPM atau PMR
  • Berumur 18 hingga 30 tahun

PELUANG CABUTAN BERTUAH

Peserta berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah menarik yang ditawarkan:

Tawaran Program Industry LED Professional Certificate IPC Buat Penganggur. Elaun Sehingga RM2,000 Sebulan

MAKLUMAT LANJUT

Jangan lepaskan peluang ini, TIADA BAYARAN dikenakan untuk penyertaan program PIC. Kerajaan bayar anda untuk bekerja! Tempat adalah terhad, untuk maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan, anda boleh terus hubungi nombor tersebut:

  • IWAN: +60 11 6551 4389

Tawaran Program Industry LED Professional Certificate IPC Buat Penganggur. Elaun Sehingga RM2,000 Sebulan

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma