Permohonan Pinjaman Program Graduan Cemerlang GREP 2020 MARA

MARA menawarkan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di institusi Pengajian Tinggi dalam negara kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara.

Semak syarat kelayakan dan maklumat permohonan di perkongsian bawah.

Isi Kandungan

SYARAT KELAYAKAN

Calon-calon mestilah memenuhi syarat umum dan syarat khusus permohonan berikut:

Syarat Umum

  • Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah berketurunan Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  • Had umur pemohon pada 31 Disember 2020:
    Sarjana – Dalam Negara tidak melebihi 40 tahun. Luar Negara tidak melebihi 35 tahun
    Doktor Falsafah – Dalam Negara tidak melebihi 45 tahun. Luar Negara tidak melebihi 40 tahun
  • Pemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang seperti yang dinyatakan dalam para
  • Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh seorang pengamal perubatan berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit
    (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah.
  • Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
  • Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
  • Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai perletakan jawatan
    daripada majikan.
  • Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.
  • Warga kerja MARA dan subsidiari MARA tidak layak memohon pinjaman ini.

Syarat Akademik

Sarjana Dalam Negara

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.00 atau yang setaraf dengannya bagi pengajian peringkat terdahulu

Sarjana Luar Negara

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau yang setaraf dengannya;
  • Memperolehi IELTS 6.5

Doktor Falsafah (PhD) Dalam Negara

  • Memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.50 atau yang setaraf dengannya;

Doktor Falsafah (PhD) Luar Negara

  • Memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau yang setaraf dengannya
  • Memperolehi IELTS 6.5

TEMPOH PINJAMAN

Tempoh pinjaman bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut:

  • Sarjana: 1 -2 tahun
  • Doktor Falsafah: 4 tahun

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat secara atas talian sehingga 17 Oktober 2020. Layari pautan di bawah untuk membuat permohonan:

Setelah selesai menghantar permohonan, sila duduki ujian personaliti di pautan berikut:

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung seperti butiran di bawah:

  • Bahagian Penganjuran Pelajaran
    Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA
    21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur
  • Tel: 03 2613 2103 / 35032 /32067 / 32106
  • Emel: pascasiswazah@mara.gov.my

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma