Tawaran Program Biasiswa Agrobank (SAP) Untuk Pengajian Di IPT Dalam Negara

Pelajar Malaysia yang berumur 18 tahun hingga 23 tahun yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Tempatan dipelawa untuk mohon bantuan kewangan melalui Program Biasiswa Agrobank (SAP) yang ditawarkan. Pelajar yang menerima Pinjaman PTPTN juga dibenarkan untuk mohon!

Permohonan bantuan kewangan mestilah dibuat secara atas talian melalui borang permohonan yang disediakan sehingga tarikh tutup permohonan dinyatakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program biasiswa ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan Program Biasiswa Agrobank kepada pelajar yang berkelayakan boleh dibuat sehingga tarikh berikut:

  • Tarikh tutup: 30 Jun 2022 (5 petang)

PAKEJ BIASISWA

Program Biasiswa Agrobank (SAP) ini menawarkan:

  • Bantuan kewangan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda
  • Bon perkhidmatan pekerjaan
  • Pelajar yang menerima pinjaman PTPTN dibenarkan memohon

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran Program Biasiswa Agrobank (SAP) adalah terbuka kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Pelajar Malaysia; berumur 18 hingga 23 tahun yang sedang melanjutkan Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa dalam kursus Perniagaan/ Kewangan/ Perakaunan dan program Ijazah yang berkaitan di IPT tempatan berikut: UiTM dan UPM
  • Minima PNGK 3.30
  • Minima 4 semester untuk menamatkan pengajian ketika pengambilan
  • Minima Band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET)
  • Penyertaan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum
  • Memegang jawatan penting dalam kelab/persatuan di universiti
  • Berpersonaliti menarik
  • Tidak menerima sebarang biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan yang memerlukan ikatan perkhidmatan.
  • Perakuan perubatan.

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan program biasiswa ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan sehingga 30 Jun 2022 jam 5 petang.

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara online di pautan berikut:

BORANG PERMOHONAN SAP 2022

Borang permohonan mestilah dilengkapkan dengan maklumat yang tepat. Hantarkan borang permohonan bersama dokumen sokongan berkaitan ke alamat email berikut:

  • tsm@agrobank.com.my

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi. Untuk maklumat lanjut berkenaan Biasiswa Agrobank, anda boleh terus ke laman https://www.agrobank.com.my/.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma