MEKAR 2023: Bantuan Memperkasakan Ekonomi Agropreneur Rizab Makanan Sehingga RM15,000

Satu Program Memperkasakan Ekonomi Agropreneur Rizab Makanan dibawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang telah dibuka untuk permohonan. Program ini melibatkan bantuan tanaman rumput napier dengan bantuan had maksima RM15,000.00.

Individu yang berminat dengan program bantuan ditawarkan boleh buat permohonan sekarang dengan mengisi borang permohonan disediakan. Permohonan mestilah dibuat selewat0lewatnya 30 Mac 2023.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

PROGRAM MEKAR TAHUN 2023

Berikut adalah maklumat penting berkenaan program bantuan ditawarkan:

  • Program ini melibatkan bantuan tanaman rumput napier dengan bantuan had maksima RM15,000 dan kos selebihnya ditanggung oleh penternak/ pengusaha
  • Peserta akan dibekalkan bantuan seperti peralatan dan seterusnya peserta perlu menyediakan kos penyediaan tanah, kos pemagaran, kos penanaman rumput dan kos pemasangan air
  • Permohonan boleh dibuat melalui Borang permohonan (DVS/TN01) secara percuma di PPVD atau memuat turun di laman web jabatan
  • Peserta yang terpilih akan menandatangani Surat Aku Janji dan berada di bawah Program Pengembangan Beterinar oleh pihak jabatan
  • Tarikh tutup permohonan sehingga 30 Mac 2023

SYARAT PERMOHONAN

Tawaran adalah terbuka kepada pemohon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Rakyat atau permastautin negeri Pahang yang berumur 18 tahun ke atas serta tidak melebihi 60 tahun
  • Pemohon mestilah bermastautin di kawasan projek
  • Sihat tubuh badan
  • Peserta perlu ada sekurang-kurangnya seluas 0.5 hingga 1 ekar tanah kosong
  • Keutamaan kepada peserta Rizab Haiwan dan yang mempunyai ternakan
  • Perlu mempunyai ID premis
  • Berpengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dalam aktiviti penanaman rumput
  • Mempunyai tanaman rumput yang sedia ada
  • Mempunyai sumber air
  • Komited

CARA MOHON

Sekiranya anda berkelayakan dan berminat dengan program bantuan ditawarkan, permohonan boleh dibuat dalam tempoh ditetapkan dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun secara percuma di bawah:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan program bantuan ditawarkan, anda boleh terus ke kaunter Jabatan Perkhidmatan Veterina Negeri Pahang.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma