Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Program Asrama Malaysia (AMal) KPM Tahun 2021 Dibuka

Perhatian buat ibu bapa yang mempunyai anak Tahun 6 tahun 2020! Permohonan kemasukan murid tingkatan satu ke Program Asrama Malaysia (AMal) Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2021 kini dibuka kepada semua murid Tahun 6 yang bersekolah di Sekolah Rendah (SK/SJKC/SJKT) di seluruh negara.

Asrama Malaysia (AMal) menempatkan murid pelbagai kaum dalam satu asrama bermatlamatkan perpaduan antara kaum. Ciri-ciri Asrama Malaysia adalah merangkumi aspek fizikal, suasana dan aktiviti yang menjurus kepada pemupukan perpaduan dan memahami budaya masyarakat di Malaysia.

Permohonan kemasukan kini dibuka sehingga 2 Januari 2021. Berikut adalah maklumat lanjut permohonan kemasukan Tingkatan 1 ke Program Asrama Malaysia (AMal) sesi 2021.

SENARAI PENEMPATAN ASRAMA MALAYSIA

Berikut adalah senarai penempatan Program Asrama Malaysia (AMal) yang ditawarkan:

  • AMal Johor: SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru (Tel: 07 224 3050)
  • AMal Kuala Lumpur: Victoria Institution, Kuala Lumpur (Tel: 03 2078 2489)
  • AMal Sarawak: Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang, Sarawak (Tel: 085 411 795)
  • AMal Sabah: Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah (Tel: 088 225 201)

DASAR PENGAMBILAN MURID AMal

Berikut adalah dasar pengambilan murid ke Program Asrama Malaysia (AMal):

  • Terbuka kepada semua kaum dan etnik yang terdapat di Malaysia
  • Permohonan AMal ke Tingkatan 1 terbuka kepada murid tahun 6 pada tahun 2020 di SK, SJKT dan SJKC di seluruh negara
  • Jawatankuasa Pemilihan Murid AMal Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan pemilihan murid AMal

SYARAT PERMOHONAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada semua kaum
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang berpotensi daripada keluarga yang berpendapatan rendah atau sederhana
  • Sekiranya murid AMal keluar dari Program Asrama Malaysia (Keluar Asrama) pihak sekolah berhak mengambil tindakan mengeluarkan murid tersebut daripada sekolah AMal sekiranya saluran kemasukan adalah melalui tawaran ke Program AMal KPM

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Setiap permohonan hendaklah disertakan bersama satu salinan dokumen yang disahkan seperti berikut:

  • Sijil lahir/ Kad Pengenalan pemohon dan ibu bapa
  • Keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2019 dan 2020 bagi permohonan ke Tingkatan 1
  • Sijil-sijil Akademik, Kokurikulum dan sijil-sijil lain
  • Slip Gaji/ Penyata Pendapatan ibu bapa/penjaga atau pengesahan oleh Pesuruhjaya Sumpah/ Ketua Kampung/ Penghulu sekiranya tiada slip gaji
  • Dokumen sokongan untuk ibu atau bapa tunggal (jika berkaitan)
  • Dokumen sokongan hak penjagaan anak sekiranya ibu bapa bercerai (jika berkaitan)

PROSES PERMOHONAN

Sekiranya anda berminat untuk menempatkan anak-anak ke program yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan sehingga 2 Januari 2021. Berikut adalah prosedur permohonan:

  1. Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Program Asrama Malaysia KPM dan menyediakan salinan dokumen yang diperlukan dan telah disahkan
  2. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses
  3. Pemohon perlu memilih sekolah daripada senarai sekolah yang ada untuk ditempatkan bagi mengikut program AMal
  4. Permohonan bagi murid semenanjung untuk mengikuti Program AMal di Sabah dan Sarawak adalah digalakkan namun kos pengangkutan murid ke Sabah dan Sarawak adalah tanggungan senidiri
  5. Pemohon perlu mendapatkan tandatangan Guru Besar atau pentadbir sekolah semasa memohon untuk pengesahan sebelum menghantar borang permohonan
  6. Pentadbir perlu memastikan borang permohonan lengkap diisi dan disertakan dengan dokumen yang telah disahkan
  7. Borang permohonan beserta salinan dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada AMal pilihan pertama sahaja
  8. Tarikh tutup penghantaran Borang Permohonan Program Asrama Malaysia KPM 2021 adalah pada 2 Januari 2021.

Klik butang di bawah untuk muat turun borang permohonan:

BORANG PERMOHONAN PROGRAM ASRAMA MALAYSIA KPM 2021

PROSES PENEMPATAN DAN RAYUAN

  1. Semua Permohonan ke AMal yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat tawaran Asrama Malaysia
  2. Semua pemohon yang berjaya perlu mengesahkan penerimaan kemasukan ke AMal dengan menghubungi sekolah yang ditawarkan seperti dalam surat tawaran
  3. Pemohon yang berjaya wajib melapor diri ke AMal yang ditetapkan pada tarikh yang dimaklumkan dalam surat tawaran. Pemohon yang tidak melapor diri dalam tempoh yang ditetapkan akan dibatalkan tawaran penempatan ke sekolah yang dipilih
  4. Pemohon yang tidak dihubungi atau tidak menerima surat tawaran selepas 21 Januari 2021 dianggap tidak berjaya. Pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan dengan mengemukakan surat rayuan kepada AMal pilihan pertama

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma