Portal PPN: Kini Anda Boleh Semak Senarai Bantuan & SOP Sepanjang Tempoh Pelan Pemulihan Negara Dalam Satu Portal
Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah sebuah pelan dinamik yang sentiasa ditambah baik mengikut keperluan semasa. Menerusi pendekatan ‘whole-of-nation’, Kerajaan, menerusi Majlis Pemulihan Negara, secara berterusan mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak termasuk wakil-wakil dari parti politik serta pakar-pakar pelbagai bidang untuk memastikan pelaksanaan PPN mengambil kira semua aspek penting demi memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.
Maklumat Pelan Pemulihan Negara kini dihujung jari anda! Ketahui lebih lanjut mengenai bagaimana Malaysia akan keluar dari krisis pandemik COVID-19 menerusi portal rasmi Pelan Pemulihan Negara termasuk bantuan dan SOP sepanjang tempoh PPN.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lebih lanjut berkenaan Portal Pelan Pemulihan Negara.
Isi Kandungan
PORTAL PELAN PEMULIHAN NEGARA
Portal Pelan Pemulihan Negara boleh diakses di laman berikut:
KEMUDAHAN PORTAL PELAN PEMULIHAN NEGARA
Antara kemudahan yang disediakan kepada orang ramai dalam Portal Pelan Pemulihan Negara adalah:
- SOP PPN setiap negeri mengikut fasa
- Bantuan Untuk Rakyat
- SOP & bantuan untuk perniagaan
- Maklumat terperinci berkenaan Pelan Pemulihan Negara
- Pendaftaran Vaksinasi
- Indikator & nilai ambang
CARA SEMAK SOP TERKINI DI PORTAL PPN
Masih keliru dengan SOP PPN aktiviti yang dibenarkan dan tidak dibenarkan di setiap negeri? Kini anda boleh semak SOP PPN setiap negeri mengikut fasa di portal Pelan Pemulihan Negara dengan langkah berikut:
- Pergi ke Portal pelanpemulihannegara.gov.my
- Klik SOP & Bantuan
- Pilih Negeri anda
- Fasa PPN bagi negeri anda akan dipaparkan.
- Nak ketahui SOP lebih lanjut mengenai aktiviti tertentu, anda boleh klik aktiviti berkaitan
Mudah kan? Selepas ini anda dah tak perlu keliru dengan SOP PPN bagi negeri masing-masing dan boleh mengelakkan daripada melakukan kesalahan sepanjang tempoh PPN. Untuk SOP bagi perniagaan, anda hanya perlu pergi ke bahagian perniagaan.
CARA SEMAK BANTUAN RAKYAT & PERNIAGAAN
Untuk semak senarai bantuan rakyat dan perniagaan, anda boleh semak di laman yang sama dengan semakan SOP setiap negeri. Anda hanya perlu pergi ke bahagian bawah sedikit. Senarai bantuan untuk rakyat akan dipaparkan:
Nak tahu lebih banyak bantuan oleh kerajaan sepanjang tempoh pandemik kepada semua golongan? Anda boleh semak di laman web Belanjawan 2021 yang disediakan khas untuk memberi maklumat khusus mengenai bantuan rakyat.
Semak bantuan kerajaan lebih lanjut di sini: Portal Belanjawan 2021
Baca juga: Tarikh Bayaran Bantuan Khas Covid-19 PEMULIH Sehingga RM1,300 Isi Rumah & RM500 Bujang