EBelia: Portal Khas Untuk Belia Cari Peluang Bina Kerjaya, Ini Cara Daftar & Mohon Pekerjaan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melancarkan portal khas Ebelia bagi memudahkan golongan belia mendapatkan maklumat berhubung pelbagai program dan inisiatif yang diperkenalkan oleh 14 kementerian kepada golongan berkenaan.

Portal berkenaan akan menyediakan pelbagai maklumat berkaitan peluang dan penciptaan pekerjaan termasuk keusahawanan dan ekonomi gig, peluang latihan dan kemahiran, selain peluang dana-dana dan kemudahan oleh kerajaan kepada golongan belia di negara ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai Ebelia dan cara membuat pendaftaran ke portal tersebut.

3 PLATFORM YANG DISEDIAKAN

Dalam portal khas Ebelia, terdapat 3 platform utama yang disediakan iaitu:

  1. myGIG
  2. National Employment Services (PERKESO)
  3. PENJANA

1) myGIG

Bertujuan meningkatkan keterlibatan belia dalam ekonomi gig sebagai pekerjaan menjana pendapatan sama ada secara sambilan atau kekal sekaligus membantu belia yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

Selain itu, dapat membantu dalam mencipta peluang pekerjaan dan seterusnya membantu menjana pendapatan dan merangsang peningkatan ekonomi negara.

Terdapat dua (2) program utama di bawah payung myGIG iaitu :

i) myGIG Servis

Memfokuskan kepada belia yang berminat untuk menjana pendapatan tambahan dengan melakukan kerja-kerja atau tugasan yang ditawarkan oleh platform-platform gig di bawah program eRezeki kendalian MDEC seperti tugasan penghantar makanan dan barangan, menjalankan tinjauan, kru acara, juruteknik dan lain-lain lagi.

Untuk pendaftaran myGIG Servis, sila layari:

Untuk maklumat lanjut mengenai myGIG Servis, anda boleh baca DI SINI.
EBelia: Portal Khas Untuk Belia Cari Peluang Bina Kerjaya, Ini Cara Daftar & Mohon Pekerjaan

ii) myGIG Digital Freelance

Memfokuskan kepada belia yang mempunyai kemahiran khusus seperti web designing, content creator, content writer, editor, dan pereka grafik di mana mereka akan dilatih di bawah program GLOW kendalian MDEC untuk menjadi pekerja bebas digital (digital freelancer) di atas platform-platform antarabangsa.

Untuk pendaftaran myGIG Digital Freelance, sila layari:

Untuk maklumat lanjut mengenai myGIG Digital Freelance, anda boleh baca DI SINI.

EBelia: Portal Khas Untuk Belia Cari Peluang Bina Kerjaya, Ini Cara Daftar & Mohon Pekerjaan

2) National Employment Services – PERKESO

PERKESO melalui Sistem Insurans Pekerjaan menyediakan kemudahan Perkhidmatan Pekerjaan kepada rakyat Malaysia melalui Portal Pekerjaan MYFutureJobs. Kepada semua pencari kerja khususnya golongan belia dan graduan perlu memanfaatkan kemudahan ini.

Semua pencari kerja khususnya golongan belia dan graduan adalah dialu-alukan mendaftar dan menggunakan kemudahan Portal Pekerjaan MYFutureJobs PERKESO ini yang disediakan secara percuma kepada anda. Lebih 20,000 peluang pekerjaan yang bertambah dari masa ke semasa disediakan di setiap negeri.

Untuk pendaftaran dan permohonan kerja melalui MYFutureJobs, sila layari:

EBelia: Portal Khas Untuk Belia Cari Peluang Bina Kerjaya, Ini Cara Daftar & Mohon Pekerjaan

3) Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)

Pelan Jana Semula Ekonomi Negara berjumlah RM 35 Billion bertujuan untuk memulihkan ekonomi negara. PENJANA HRDF diperkenalkan bagi menawarkan lebih 20,000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan yang memerlukan pekerjaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai PENJANA, sila layari:

EBelia: Portal Khas Untuk Belia Cari Peluang Bina Kerjaya, Ini Cara Daftar & Mohon Pekerjaan

CARA DAFTAR EBELIA

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran iklan peluang pekerjaan yang dikeluarkan dari masa ke semasa, anda boleh buat pendaftaran EBelia di pautan berikut:

Tawaran iklan peluang pekerjaan akan sentiasa dikemaskini di laman EBelia untuk memudahkan pencari kerja membuat permohonan.

EBelia: Portal Khas Untuk Belia Cari Peluang Bina Kerjaya, Ini Cara Daftar & Mohon Pekerjaan

Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi talian 03 8871 3344 / 3389 atau emel ke info@iyres.gov.my. Layari laman ebelia.iyres.gov.my untuk maklumat lanjut.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma