Portal JobsMalaysia Digantikan Dengan MYFutureJobs Mulai 1 November 2020

Pengumuman penting buat semua pencari kerja!

Selaras dengan inisiatif Kementerian Sumber Manusia dalam memastikan single window bagi menghubungkan majikan dan pencari kerja, Portal Pekerjaan Negara MYFutureJobs akan menggantikan Portal JobsMalaysia mulai 1 November 2020.

Kenyataan ini telah dikeluarkan melalui media Facebook JobsMalaysia. Baca selanjutnya di bawah.

PORTAL JOBSMALAYSIA DIGANTIKAN DENGAN MYFUTUREJOBS

Mulai 1 November 2020, semua pengguna Portal JobsMalaysia akan diubah hala (re-direct) kepada Portal MYFutureJobs. Fungsi perkhidmatan pekerjaan akan diambil alih sepenuhnya sepenuhnya oleh SIP, PERKESO.

Sehubungan itu, mulai tarikh tersebut semua aktiviti perkhidmatan pekerjaan di media sosial JobsMalaysia akan dihentikan.

Portal JobsMalaysia Dihentikan Dan Digantikan Dengan MYFutureJobs Mulai 1 November 2020

DAFTAR MYFUTUREJOBS

Pencari kerja diminta untuk mula mendaftar akaun MYFutureJobs untuk meneruskan pencarian kerja selepas ini. Klik pautan berikut untuk daftar akaun MYFutureJobs:

Sudah daftar akaun? Terus log masuk dan anda boleh mula mencari kerja yang anda mahu!

Rujuk: Panduan Mencari Kerja Di Portal MYFutureJobs

Sila hubungi 03-8091 5300 (PERKESO) bagi sebarang pertanyaan berkenaan perkhidmatan pekerjaan dan Portal MyFutureJobs.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma