Tawaran Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak Sesi Pengajian 2022/2023 Dibuka

Kerajaan Negeri Perak kini membuka tawaran pinjaman pengajian tinggi berbentuk boleh ubah kepada anak-anak Perak yang melanjutkan pengajian ke IPT di pelbagai peringkat pengajian dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Tawaran ini bagi memberi kemudahan pinjaman pelajaran kepada Warganegara Malaysia khususnya anak Perak yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke institusi-institusi pengajian tinggi yang ditaja dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan Negeri Perak.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pinjaman pengajian yang ditawarkan dan panduan membuat permohonan.
TARIKH PERMOHONAN
Anak-anak Perak yang berminat dipelawa untuk memohon pinjaman ini pada:
- 30 Januari 2022 – 29 April 2022
PERINGKAT PENGAJIAN
Tawaran pinjaman ini adalah terbuka bagi semua peringkat pengajian seperti berikut:
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
- Ijazah Sarjana (Master)
- Ijazah Kedoktoran (PhD)
KADAR PINJAMAN
Kadar pinjaman ditawarkan mengikut peringkat pengajian seperti berikut:
SYARAT PERMOHONAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak;
- Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di luar Negeri Perak telah bermastautin di
dalam Negeri Perak lebih daripada 10 tahun; - Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak telah bermastautin di dalam Negeri Perak lebih dari 10 tahun ;
- Pemohon mestilah mengikuti kursus pengajian Sepenuh Masa;
- Bagi pemohon yang sedang belajar hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya baki tiga (3) semester atau satu (1) setengah tahun tempoh pengajian (Tempoh Pengajian mengambil kira semester panjang sahaja pada masa pembayaran kali pertama diterima);
- Keutamaan diberikan kepada Golongan B40
- Umur pemohon pada tahun semasa adalah tidak melebihi 41 tahun
CARA MEMOHON
Anak-anak Perak yang berminat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan adalah dipelawa untuk memohon pinjaman ini sebelum 29 April 2022. Permohonan boleh dibuat melalui Sistem Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak di pautan berikut:
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berhubung tawaran ini, anda boleh hubungi Unit Pinjaman Pengajian Tinggi, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di talian 05-209 5000 sambungan Unit Pinjaman Pengajian Tinggi Perak.