Tawaran Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor Sehingga RM8,000 Kini Dibuka

Yayasan Selangor adalah dengan ini membuka Tawaran Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah bagi Sesi September 2021 kepada pelajar yang telah menerima tawaran atau sedang dalam pengajian secara SEPENUH MASA di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta (IPTS milik Kerajaan Negeri Selangor sahaja) dalam negara yang memenuhi syarat kelayakan.

Pemegang Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor berpeluang untuk mendapat pengecualian bayaran balik pinjaman pelajaran sehingga 100% daripada jumlah pembiayaan sekiranya mereka dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam tempoh yang sepatutnya, tertakluk kepada terma dan syarat.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran pinjaman dan cara buat permohonan.

TARIKH TAWARAN

Tawaran Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor ini dibuka pada:

  • 1 September hingga 30 September 2021

KADAR PINJAMAN

Kadar tajaan yang diberikan adalah mengikut peringkat pengajian. Kadar adalah sama bagi Universiti Awam dan Swasta. Berikut merupakan jadual kadar pembiayaan:

  • Sijil Kemahiran (Institusi milik Kerajaan Negeri Selangor sahaja): RM4,000 – RM6,000 setahun
  • Diploma: RM2,000 – RM7,000 setahun
  • Ijazah Sarjana Muda: RM3,000 – RM8,000 setahun

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan dibuka kepada pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  • Pemohon atau Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor atau lahir di Wilayah
  • Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 01 Februari, 1974 atau; Pemohon telah bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 10 tahun dan mendapat pengesahan daripada Ahli Dewan Negeri / Penghulu/ Ketua Kampung di kawasan tempat tinggal pemohon di negeri Selangor.
  • Pendapatan per kapita keluarga di bawah RM 3,000.00
  • Pelajar belum menerima sebarang pembiayaan pendidikan daripada mana-mana badan penajaan pembiayaan pendidikan.
  • Keutamaan tawaran akan diberikan kepada pelajar Tajaan Yayasan Selangor di bawah program RKPYS/HIPERS dan status kelahiran anak Selangor. Lain-lain keutamaan pemberian tawaran akan ditetapkan oleh pihak Pengurusan Yayasan Selangor dan segala keputusan adalah muktamad.

PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PINJAMAN

Pengecualian ke atas jumlah pembiayaan boleh diberikan kepada pelajar yang membuat permohonan sahaja. Pengecualian bayaran balik 100% atau 50% ke atas jumlah pembiayaan hanya akan diberikan kepada peminjam/pelajar yang TAMAT PENGAJIAN dengan keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA bermula 3.50. Keputusan Akademik telah disahkan oleh pihak Institusi berkenaan.

CARA MOHON

Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor yang boleh dimuat turun dan dicetak di bawah.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama salinan dokumen yang diperlukan, hendaklah dihantar ke Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor sebelum tarikh tutup tawaran di alamat seperti berikut:

  • Bahagian Pembiayaan Pendidikan
    Yayasan Selangor
    Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor
    No.18A, Persiaran Barat
    46000 Petaling Jaya
    Selangor Darul Ehsan

download borang permohonan pinjaman pelajaran 

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor melalui telefon atau email berikut:

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma