Mohon BSN SKAN: Pinjaman Peribadi Buat Kakitangan Awam Negeri Dengan Gaji Serendah RM1,500

BSN SKAN atau Skim Kakitangan Awam Negeri adalah pinjaman peribadi Islamik yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional. Pembiayaan ini adalah pinjaman tak bercagar di mana pemohon tidak perlu menyediakan cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk mohon.

Seperti namanya, skim pembiayaan ini adalah khusus untuk kakitangan awam yang berkhidmat di bawah Kerajaan Negeri sahaja.

Jika anda berkhidmat di bawah Kerajaan Persekutuan, anda boleh mohon BSN SKAP (Skim Kakitangan Awam Persekutuan).

KELEBIHAN PEMBIAYAAN

Sekiranya anda adalah penjawat awam negeri, anda boleh memohon pinjaman seperti berikut:

  • Jumlah pinjaman sehingga RM200,000
  • Tempoh pembiayaan dari 2 hingga 10 tahun
  • Caj kadar keuntungan yang ditawarkan oleh pihak BSN bagi pinjaman ini boleh dikatakan sangat berpatutan, iaitu serendah 4.6% p.a.
  • Syarat kelayakan yang tidak membebankan (21 tahun ke atas boleh mohon)
  • Tiada caj proses dan tiada caj penamatan awal jika berhasrat ingin melangsaikan pinjaman anda lebih awal dari tempoh yang dipersetujui.
  • Rekod CCRIS yang tidak cantik juga layak memohon

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi BSN SKAN:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Berkhidmat dibawah Kerajaan Negeri.
  • Berpendapatan RM1,500 sebulan (atau lebih) atau RM18,000 setahun (atau lebih).
  • Tidak disenarai hitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah seliaan AKPK.

Syarat Khas

  • Untuk status tetap – telah berkhidmat lebih dari 3 bulan perkhidmatan.
  • Untuk status kontrak/sementara – telah berkhidmat lebih dari 12 bulan dan perlu  ada penjamin. Penjamin perlu kakitangan Kerajaan Negeri yang telah berkhidmat lebih dari 6 bulan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen yang diperlukan untuk memohon BSN SKAN adalah sangat ringkas dan tidak membebankan. Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan:

  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  • Salinan 2 bulan slip gaji terkini.
  • Surat pengesahan majikan yang mengandungi maklumat berikut – Nama, nombor Kad Pengenalan, jawatan, status, gaji bulanan, tarikh mula berkhidmat, dan tarikh bersara.
  • Borang pemotongan gaji (BSN 09-D).

CARA MEMOHON BSN SKAN

Sebelum anda memohon, pastikan anda meneliti syarat-syarat permohonan di atas. Pemohon yang tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki tidak akan dipertimbangkan permohonannya.

Anda boleh memohon pinjaman peribadi BSN SKAN dengan cara berikut:

  • Walk in di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional

Maklumkan kepada pihak BSN bahawa anda ingin membuat permohonan pinjaman peribadi BSN SKAN. Tempoh kelulusan hanya mengambil masa 1 hingga 7 hari bekerja. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pinjaman peribadi yang ditawarkan, anda boleh terus ke cawangan BSN berdekatan.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma