Belanjawan 2021: Ini Senarai Peruntukan Bantuan Untuk Belia

Pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk menerima pelbagai manfaat hasil daripada pembentangan Belanjawan 2021 kan? Dengan keadaan pandemik sekarang yang kian meningkat, ramai yang terkesan dari segi pendapatan dan ada juga yang kehilangan kerja.

Diharapkan dengan bantuan-bantuan yang disediakan oleh kerajaan ini dapat meringankan beban kewangan golongan-golongan yang layak. Selain B40 dan M40, golongan belia juga bakal terima pelbagai manfaat kerajaan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk senarai peruntukan bantuan untuk golongan belia.

SENARAI PERUNTUKAN BANTUAN BELIA

Program eBelia

  • RM50 akan dikreditkan kepada setiap belia berumur 18 hingga 20 tahun melalui ewallet.

Baca: Manfaat RM50 eWallet Buat Belia Berumur 18 Tahun Hingga 20 tahun

Latihan Kerja HRDF

  • Latihan dan kerja secara usaha sama dengan majikan sektor swasta.

KPT-PACE

50,000 Peluang Pekerjaan

  • 50000 peluang pekerjaan di sektor awam dan GLC disediakan buat belia melalui MySTEP.

Skim Bencana Pekerjaan PERKESO

  • Perlindungan sosial Caruman penuh (Skim Bencana Pekerjaan PERKESO).

Skim Perantisan Nasional

  • Program Perantisan: Insentif RM1000 perantis selama 3 bulan dan geran latihan sehingga RM4000

Malaysia Techlympics & Science Space

  • Dengan peruntukan RM20 juta, Malaysia Techlympics & Science Space mewujudkan belia dalam bidang Al & robotik

Baca juga: Belanjawan 2021: Ini Senarai Peruntukan Bantuan Untuk Golongan B40 Dan M40

Belanjawan 2021: Ini Senarai Peruntukan Bantuan Untuk Belia

Sekian sahaja senarai peruntukan bantuan bagi golongan belia seperti yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2021. Namun anda kena ingat bahawa pelaksanaan bantuan-bantuan ini akan mula memberi manfaat kepada rakyat bermula tahun hadapan.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma