Belanjawan 2021: Ini Senarai Peruntukan Bantuan Untuk Golongan B40 Dan M40

Pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk menerima pelbagai manfaat hasil daripada pembentangan Belanjawan 2021 kan? Dengan keadaan pandemik sekarang yang kian meningkat, ramai yang terkesan dari segi pendapatan dan ada juga yang kehilangan kerja.

Diharapkan dengan bantuan-bantuan yang disediakan oleh kerajaan ini dapat meringankan beban kewangan golongan-golongan yang layak. Selain B40, golongan M40 juga bakal menerima pelbagai manfaat daripada kerajaan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk senarai peruntukan bantuan untuk B40 dan M40.

PERUNTUKAN BANTUAN UNTUK B40

Bantuan Prihatin Rakyat

  • Bantuan kewangan sehingga RM1800 yang mula dibuka untuk permohonan pada Januari 2021
  • Bantuan buat isi rumah dengan pendapatan sehingga RM5000
  • Bantuan buat bujang dengan gaji kurang daripada RM2500

Baca: Kadar Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Terkini Mengikut Kategori & Pendapatan

Bantuan Pembayaran Pinjaman Bank

  • Moratorium lulus mudah B40
  • Penangguhan selama 3 bulan ( atau 50% bayaran selama 6 bulan)

Rancangan Makanan Tambahan

  • RM420 juta untuk Rancangan Makanan Tambahan diberikan setiap hari ( daripada 2 hari seminggu)

Perlindungan MySalam

  • Perlindungan MySalam untuk kes peranti perubatan diluaskan

Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin

  • Bantuan kebajikan kanak-kanak keluarga miskin dinaikkan sehingga RM1000 maksimum setiap keluarga

Program Jaringan Prihatin

  • Program Jaringan Prihatin RM180 one-off berbentuk kredit telekomunikasi

Program Pendidikan Awam

  • Program pendidikan awal di KEMAS
  • Pusat komuniti: Tempat jagaan anak-anak selepas tamat sesi sekolah

Program Pengedaran Barang perlu

  • Tong Gas Petroleum Cair (LPG)

Pengangkutan Awam

  • My30: RM300 juta
  • Pas bulanan KTM & Tren Sabah Jajaran Beufort-Tenom RM5 untuk OKU & Pelajar (RM4 juta)

Belanjawan 2021: Ini Senarai Peruntukan Bantuan Untuk Golongan B40 Dan M40

PERUNTUKAN BANTUAN UNTUK M40

Pengeluaran Akaun 2 KWSP

  • Pengeluaran Akaun 2 KWSP dibenarkan untuk perlindungan insurans, takaful hayat dan penyakit kritikal

Baca: Permohonan Pengeluaran RM500 Sebulan Dari Akaun 1 KWSP Selama 12 Bulan

Pengurangan Kadar Caruman KWSP

  • Pengurangan kadar caruman minimum KWSP dari 11% kepada 9% mulai Januari 2021 untuk tempoh 12 bulan

Pelepasan Cukai Caruman PRS

  • Pelepasan cukai caruman PRS dilanjutkan sehingga tahun 2025

Bantuan Pembayaran Berasar

  • M40 perlu pengisytiharan kendiri untuk pengurangan pendapatan

Bantuan Prihatin Rakyat

  • Berpendapatan bulanan RM4001 – RM5000 akan terima bantuan RM500 yang mempunyai seorang anak
  • RM750 bagi yang mempunyai dua orang anak atau lebih

Baca: Kadar Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Terkini Mengikut Kategori & Pendapatan

Cukai Pendapatan Turun 1%

  • Pendapatan bercukai RM50,000 ~ RM70000

Pelepasan Cukai Gaya Hidup

  • Diperluaskan skop meliputi surat khabar digital dinaikkan kepada RM3000 (tambahan RM500) bagi perbelanjaan berkaitan sukan

Program SAVE 2.0

  • e-Rebate RM200 peralatan elektrik cekap tenaga tempatan

Pengangkutan Awam

  • RM300 juta: My30
  • RM4 juta: Pas bulanan RM5
  • RM150 juta: Program Transformasi Perkhidmatan Bas henti-henti

Pelepasan Cukai

  •  Skim Simpanan Pendidikan Nasional RM8000 dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2022.

Belanjawan 2021: Ini Senarai Peruntukan Bantuan Untuk Golongan B40 Dan M40

Sekian sahaja senarai peruntukan bantuan bagi golongan B40 dan M40 seperti yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2021. Namun anda kena ingat bahawa pelaksanaan bantuan-bantuan ini akan mula memberi manfaat kepada rakyat bermula tahun hadapan.

Semoga bermanfaat!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma