Calon Temuduga Guru, Ini Senarai Peruntukan Bajet 2022 Bagi KPM Yang Anda Perlu Tahu

Bajet 2022 kekal mengutamakan pendidikan sebagai segmen terpenting perbelanjaan negara. Kementerian Pendidikan Malaysia akan terus menerima peruntukan terbesar iaitu sejumlah RM52.6 bilion sementara Kementerian Pengajian Tinggi bakal menerima peruntukan sebanyak RM14.5 billion.

Khas untuk calon yang bakal hadiri temuduga jawatan guru nanti! Sebagai calon guru yang berpengetahuan tinggi, pastikan anda ambil tahu jumlah dan senarai peruntukan kerajaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bajet 2022 yang diumumkan. Soalan mengenai peruntukan ini mungkin akan ditanya dalam temuduga nanti!

Pastikan anda bersedia dengan pengetahuan mengenai peruntukan ini. Ikuti perkongsian di bawah untuk lihat senarai peruntukan Bajet 2022 untuk KPM.

SENARAI PERUNTUKAN BAJET 2022 BAGI KPM

Berikut adalah senarai peruntukan Bajet 2022 bagi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang calon temuduga perlu ambil tahu:

Bantuan Awal Persekolahan

  • Peruntukan RM450 juta
  • Bantuan Awal Persekolahan dinaikkan dari RM100 (tahun lalu) kepada RM150 (tahun 2022) bagi setiap
  • Untuk 3 Juta murid yang layak

Semak: Syarat Kelayakan Pemberian Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2022

Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar

  • Peruntukan RM42 juta
  • Melibatkan 400,000 guru sekolah KPM
  • Pemberian RM100 setiap guru secara one-off

Rancangan Makanan Tambahan & Bekalan Susu Harian

  • Peruntukan RM400 juta
  • Bagi memastikan murid daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat kandungan khasiat harian

Memperkasa Agenda Pendidikan Khas

  • Pembelian peralatan mengajar dan tambah baik fasiliti sekolah bekeperluan khas
  • Pembinaan 8 blok baharu pendidikan khas

Penyelenggaraan & Pembaikan Sekolah

  • Peruntukan RM1 bilion untuk penyelenggaraan dan pembaikan sekolah
  • Melibatkan lebih 10,000 sekolah KPM
  • Sekolah tahfiz/ agama rakyat/ Institusi pondok berdaftar
  • 1,800 sekolah jenis kebangsaan Cina & Tamil

Naik Taraf Sekolah Daif

  • RM746 juta untuk 330 projek
  • 112 projek di Sabah
  • 165 projek di Sarawak

BAHAN SOKONGAN PdP/ PdPR

Berikut adalah senarai bahan sokongan PdP/ PdPR yang komprehensif untuk panduan dan kegunaan guru, murid dan ibu bapa:

ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA 100 HARI KPM

Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari Kementerian Pendidikan Malaysian:

  • Pengautomasian sepenuhnya sistem pengurusan pertukaran dan penempatan guru
  • Pengambilan one-off PPP seramai 18,702 melalui pendekatan baharu menggunakan Kluster Opsyen Mata Pelajaran.
  • Menaik taraf atau membangunkan semula sekolah yang mempunyai bangunan daif.
  • Membina dewan terbuka pelbagai guna untuk aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
  • Pelaksanaan pelan komprehensif pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM mengikut Pelan Pemulihan Negara (PPN) serta Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0

Perkongsian di atas adalah beberapa isi semasa yang melibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia yang calon temuduga perlu ambil tahu untuk tambah pengetahuan. Mana tahu ditanya semasa temuduga nanti? Tak rugi pun jika ambil tahu pengetahuan penting ini jika betul-betul berminat nak jadi guru.

Baca juga: Himpunan Soalan Popular Temuduga Guru SPP Tahun 2018 Hingga 2021 Untuk Rujukan Calon

Semoga bermanfaat!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma