Apa Itu Perumahan PR1MA dan Macam Mana Nak Apply?

Kerajaan telah memperkenalkan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sebagai rancangan perumahan yang menyasarkan isi rumah berpendapatan sederhana atau golongan M40. Lokasi perumahan PR1MA ini dibangunkan di pusat-pusat bandar yang utama di seluruh negara dengan unit-unit yang ditawarkan pada harga yang berpatutan tanpa menjejaskan kualiti hartanah.

Kerajaan tidak pernah berhenti dalam usaha memastikan rakyat hidup dalam keadaan selesa.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui lebih lanjut mengenai perumahan PR1MA dan cara untuk membuat permohonan.

APA ITU PERUMAHAN PR1MA?

Perumahan PR1MA direka supaya dapat menjadi sebahagian daripada komuniti bersepadu, di mana rakyat dapat memilih dari pelbagai jenis unit rumah pada saiz yang berbeza. Semua ini adalah bagi memenuhi keperluan rakyat di pusat bandar yang tengah pesat berkembang di Malaysia.

Apa Itu Perumahan PR1MA dan Macam Mana Nak Apply?

Lokasi projek perumahan PR1MA ini kebanyakannya terletak di lokasi yang kondusif dan menarik seperti dalam bandar-bandar utama di seluruh Malaysia. Kerajaan memilih lokasi yang berdekatan dengan kemudahan termasuk sekolah, kedai runcit, akses kepada pengangkutan dan bermacam lagi.

KOS PERUMAHAN PR1MA

Semua Rumah PR1MA berharga antara RM100,000 hingga RM400,000 sahaja. Jika nak dibandingkan dengan kebanyakan rumah di luar sana, harga yang ditawarkan adalah lebih murah kerana program ini memang menyediakan rumah pada harga yang berpatutan sesuai dengan golongan M40.

SYARAT KELAYAKAN SKIM PR1MA

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu anda penuhi untuk membuat permohonan skim PR1MA:

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah individu atau bersama antara RM2,500 – RM15,000
  • Umur lebih 21 tahun
  • Anda dan pasangan tidak memiliki lebih dari 1 rumah

CARA MOHON RUMAH PR1MA

Pendaftaran perumahan PR1MA adalah percuma. Anda boleh mendaftar secara online atau pergi ke mana-mana pejabat PR1MA dan galeri-galeri jualan PR1MA.

Berikut adalah langkah-langkah membuat permohonan secara online melalui laman web rasmi PR1MA.

1. Buat Pendaftaran

Buat pendaftaran akaun di laman web PR1MA

Apa Itu Perumahan PR1MA dan Macam Mana Nak Apply?

Lengkapkan maklumat yang diminta seperti nombor IC, tarikh lahir, status warganegara, dan alamat emel.

Anda perlu bagi sekali beberapa dokumen seperti salinan IC dengan slip gaji atau penyata bank terkini.

Bila dah selesai pendaftaran, anda akan terima emel pengesahan.

2. Permohonan

Apa Itu Perumahan PR1MA dan Macam Mana Nak Apply?

Anda perlu tunggu pengundian dibuka untuk membuat permohonan skim PR1MA bagi pembangunan hartanah tertentu. Siapa yang dah daftar, memang akan dapat emel bila ada pembangunan baru nak launch dekat lokasi yang dah dipilih.

Lepas dah dapat emel, terus login dekat laman web PR1MA guna User ID dengan password yang anda daftar sebelum ini.

Di situ boleh lah cari info projek yang dah dibuka untuk permohonan. Kalau rasa dah berminat, daftar terus projek itu sebelum tarikh tutup, dan anda akan dapat pengesahan permohonan melalui emel.

3. Pengundian

Undian PR1MA ini memang terbuka, telus dan jujur jadi mereka memang adil dalam pengagihan rumah dari pembangunan PR1MA kepada pemohon.

Kalau permohonan sudah berjaya, anda akan diberitahu melalui emel, atau boleh juga semak senarai nama yang berjaya DI SINI.

4. Pemilihan Unit

Apa Itu Perumahan PR1MA dan Macam Mana Nak Apply?

Selesai sahaja proses pengesahan permohonan pemilihan unit, anda akan dijemput untuk pilih unit mana yang anda nak. Bergantung pada projek, unit-unit mungkin ada saiz lain-lain, jadi harga pun berbeza juga.

Kalau unit yang dipilih itu sudah terlebih ramai yang nak, dan permohonan pun tak berjaya, anda boleh mohon untuk masuk dalam senarai menunggu (waiting list) dulu.

Tapi memandangkan mereka tidak boleh nak pastikan bila unit itu akan ada, boleh lah tengok-tengok dulu dan mohon projek PR1MA yang lain.

Mana tahu ada yang lain berkenan di hati kan. Bila anda dah terpilih untuk pembangunan lain, automatik nama akan dikeluarkan dari senarai menunggu.

5. Pembiayaan

Apa Itu Perumahan PR1MA dan Macam Mana Nak Apply?

Pemohon PR1MA boleh buat pinjaman dari mana-mana institusi kewangan mereka mahu, tapi kena tahu yang skim PR1MA ini boleh dapat manfaat dari insentif kewangan dan pinjaman rumah yang tertentu.

  • Pembiayaan (End-Financing) – Pakej kewangan dari institusi terpilih yang mana pembeli yang layak boleh dapat sehingga 110% dari harga SPA. Yang ini memang best sebab kalau dapat ambil pinjaman penuh, dah tidak perlu fikir pasal duit deposit.
  • Skim Rent-To-Own – Terbuka untuk pembeli yang layak tapi tidak dapat nak ambil pinjaman dari panel bank PR1MA. Permohonan ini akan disemak oleh jawatankuasa khas.
  • Skim Pembiayaan Fleksibel PR1MA (SPEF) – Skim exclusive yang mengurangkan pembayaran pinjaman rumah untuk pembeli PRIMA, dan perlu bayar fixed interest sahaja untuk 5 tahun pertama. Yang lebih menarik, skim ini menawarkan ansuran bulanan yang lebih rendah berbanding kadar pinjaman biasa.
  • Care by Prima – Skim insuran rumah unik yang terus bagi perlindungan insuran pada rumah PR1MA, jadi tidak perlu serabut-serabut fikir pasal nak ambil insuran.

6. Tandatangan SPA

Bila dah terpilih masa pengundian, selesai pilih unit, dah pasti dapat pembiayaan yang sepatutnya, maka tibalah masa untuk tandatangan Perjanjian Jual Beli, atau Sale and Purchase Agreement (SPA).

Kontrak sah ini dah terkandung semua terma dan syarat antara pemaju, PR1MA dan semestinya lah anda sebagai pembeli rumahnya.

7. Dah Boleh Pindah Masuk

Apa Itu Perumahan PR1MA dan Macam Mana Nak Apply?

Akhirnya setelah selesai semua proses di atas ini, lagi-lagi lepas dah dapat tandatangan SPA, anda sudah bersedia untuk pindah masuk ke rumah baru!

Pembeli rumah akan terima Sijil Penyelesaian dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance; CCC) untuk sahkan perjanjian yang dibuat, dan anda kini adalah pemilik rumah PR1MA yang baru!

 Perasaan memiliki rumah milik sendiri memang satu perasaan seronok yang tidak dapat digambarkan. Dengan wujudnya skim seperti PR1MA ini, mana-mana rakyat yang layak akan dapat merasai rasa kebahagiaan itu.

Untuk maklumat lanjut mengenai skim PR1MA ini, anda boleh rujuk di laman web rasmi PR1MA.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma