Perubahan Terkini Pengiraan Mata Merit Lepasan SPM Bagi Kemasukan Ke IPTA/ ILKA
Bagi lepasan SPM atau calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM yang masih tidak tahu, pengiraan markah merit UPU adalah antara dasar dan kriteria yang diambil kira bagi pemilihan lepasan SPM untuk kemasukan ke IPT melalui UPU.
Cara pengiraan markah merit UPU bagi kemasukan ke universiti adalah berdasarkan prinsip meritokrasi iaitu bagi menentukan siapakah yang lebih layak berdasarkan kepada prestasi mereka. Jadi, setiap pemohon UPU perlu tahu cara pengiraan markah merit UPU.
Seperti dimaklumkan, kaedah pengiraan mata merit SPM kini telah dikemaskini kepada kaedah baharu. Calon yang bakal duduki SPM dan ibu bapa diminta ambil perhatian perubahan pengiraan mata Merit SPM ini.
Isi Kandungan
PERUBAHAN PENGIRAAN MATA MERIT SPM MULAI JUN 2022
Sebelum ini kiraan mata merit mengambil kira 5 mata pelajaran utama + 3 mata pelajaran terbaik yang lain.
Namun sekarang ini pengiraan sudah bertukar.
Untuk lepasan SPM, ada STEM A, STEM B, STEM C dan Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas. Subjek juga dah lain. Terdapat 4 subjek universal + 2 mata pelajaran pakej terbaik dan 2 mata pelajaran terbaik lain.
Kaedah Baru Pengiraan Merit Kemasukan IPTA/ ILKA Lepasan SPM
Berdasarkan kaedah pengiraan merit (baru) untuk kemasukan ke IPTA/ILKA bagi lepasan SPM 2021 (dan seterusnya) yang boleh didapati dari UPU Pocket terdapat 3 kategori atau kumpulan mata pelajaran yang perlu diberikan perhatian terutama untuk pelajar calon SPM 2022 nanti:
- Mata Pelajaran Universal (semua pakej) – 4 matapelajaran
- Mata Pelajaran Terbaik (mengikut pakej) – 2 matapelajaran kecuali STEM C (1 mata pelajaran)
- Mata Pelajaran Terbaik lain (selain daripada yang telah diguna untuk pilihan (1.) & (2.) di atas) – 2 matapelajaran
Bolehlah dirumuskan pelajar perlu ada 7 atau 8 Mata Pelajaran untuk melengkapkan pengiraan merit.
Namun pastikan juga mata-mata pelajaran tersebut adalah juga merupakan mata pelajaran yang ada terdapat dalam syarat kelayakan untuk melayakkan pemohon memohon ke program pengajian yang diinginkan yang boleh disemak samada di UPU Pocket atau Epanduan UPU di https://online.mohe.gov.my/.
Semoga senarai ini dapat membantu Guru, Pelajar dan Ibu bapa untuk lebih memahami mata-mata pelajaran yang perlu diberikan penekanan untuk menghadapi peperiksaan SPM nanti.