Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 4 Tahun 2021
Seperti dijadualkan, Ujian Pentaksiran kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 4 tahun 2021 akan dilaksanakan pada 15 Februari sehingga 25 Februari 2021. Ibu bapa atau calon yang belum buat semakan pusat dan tarikh PKSK diminta untuk buat semakan sekarang di SEMAKAN PUSAT PKSK TINGKATAN 4.
Dah tahu tarikh PKSK masing-masing, calon diminta bersedia untuk duduki ujian pada tarikh yang ditetapkan. Bagi melancarkan urusan ujian nanti, calon perlu ambil tahu beberapa persediaan yang perlu dilakukan untuk duduki ujian nanti.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui persediaan ujian PKSK yang perlu setiap calon lakukan.
Isi Kandungan
TARIKH PKSK TINGKATAN 4
PKSK Tingkatan 4 Tahun 2021 dilaksanakan pada:
- 15 Februari hingga 25 Februari 2021
PERSEDIAAN PKSK TINGKATAN 4
Berikut adalah persediaan menghadiri ujian PKSK bagi tahun 2021 yang perlu setiap calon ambil perhatian:
Semak & Cetak
Sila buat semakan pusat PKSK dan cetak Slip Menduduki PKSK di pautan berikut:
Dah buat semakan, calon diminta untuk mematuhi tarikh, masa dan sesi PKSK yang ditetapkan.
Keperluan Yang Perlu Dibawa
Semua calon diingatkan untuk membawa SEMUA keperluan berikut:
- Kad pengenalan
- Slip pendaftaran PKSKS dan surat kebenaran yang dicetak
- Alat tulis yang lengkap
- Hand sanitizer
- Kalkulator
- Pelitup muka
Pakaian
Calon mestilah hadir ke pusat PKSK dengan berpakaian:
- Seragam sekolah lengkap sepanjang PKSK
Kesihatan
Dari segi kesihatan, setiap calon diminta untuk sentiasa:
- Sihat
- Tidak bergejala
- Memakai Pelitup Muka
- Mengamalkan Penjarakan Fizikal
FORMAT PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) meliputi beberapa bahagian berikut:
- Bahagian A – Kecerdasan Insaniah (20%)
- Bahagian B – Kecerdasan Intelek (70%)
- Bahagian C – Artikulasi Penulisan (10%)
Baca juga: Contoh Soalan Ujian PKSK Beserta Jawapan Untuk Kemasukan Tingkatan 1 Dan 4