Permohonan Zakat Pelajar UMS Sesi 2022/2023 Kini Dibuka

Tahniah buat pelajar yang berjaya mendapat tawaran meneruskan pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS)! Pelajar baharu dan pelajar sedia ada yang memerlukan bantuan kewangan untuk tujuan pengajian kini boleh buat permohonan bantuan zakat semester 1 sesi 2022/2023 yang ditawarkan.

Permohonan zakat pelajar UMS boleh dibuat secara atas talian melalui Sistem Maklumat Pelajar Bersepadu (SMPB) sehingga 31 Oktober 2022. Pemohon mestilah mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan zakat ditawarkan dan panduan buat permohonan.

SYARAT KELAYAKAN MOHON ZAKAT

Tawaran zakat UMS adalah terbuka kepada pelajar yang berkelayakan seperti berikut:

  • Permohonan Beragama Islam
  • Pengajian Sepenuh Masa di Peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana
  • Satu Kriteria Sahaja bagi setiap permohonan
  • Setiap dokumen sokongan hendaklah disahkan

KRITERIA PERMOHONAN ASNAF

Berikut adalah kriteria diperlukan bagi permohonan asnaf:

Asnaf Fakir

  • Beragama Islam
  • Pelajar Universiti Malaysia Sabah
  • Pendapatan Ibu/ Bapa/ Penjaga Tidak sampai 50% daripada belanja hidup sederhana dan orang-orang tanggungannya

Asnaf Miskin

  • Beragama Islam
  • Pelajar Universiti Malaysia Sabah
  • Pendapatan Ibu/ Bapa/ Penjaga Tidak mencukupi keperluan sehariannya dan orang-orang tanggungannya

Asnaf Muallaf

  • Baru memeluk agama Islam 5 tahun dari tarikh memeluk Islam
  • Pelajar Universiti Malaysia Sabah
  • Memerlukan Bantuan Kewangan

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah senarai dokumen diperlukan untuk buat permohonan:

Kategori Asnaf Fakir/ Miskin

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pelajar
  • Salinan Kad Pengenalan/ Pasport Ibu Bapa/ Penjaga
  • Salinan Slip Gaji/ Pengesahan pendapatan TERKINI (Jan 2022 – ke atas) Ibu/ bapa/ penjaga * Pihak Urusetia Berhak Menolak Sekiranya Para Pelajar Tidak Menyertakan Dokumen Yang Berkaitan
  • Salinan Kad Pengenalan/ Pasport Ibu Bapa/ penjaga

Kategori Asnaf Muallaf

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pelajar
  • Salinan Kad Perakuan Memeluk Islam

CARA MOHON

Sekiranya anda berkelayakan dan memerlukan bantuan zakat yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan zakat sesi 2022/2023 melalui Sistem Maklumat pelajar Bersepadu (SMPD) di pautan berikut:

Permohonan mestilah dihantar selewat-lewatnya 31 Oktober 2022. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut anda boleh hubungi talian 088 320000 atau emel ke alamat zakat@ums.edu.my.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma