Borang Permohonan Menarik Diri Daripada Tajaan JPA
Sebelum ini Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pelajar Ijazah dan lepasan SPM mohon tajaan Program Ijazah Dalam Negara Tahun (PIDN) dan Program Khas Lepasan Sijil Lepasan Malaysia Dalam Negara (LPSM). Program ini merupakan penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam negara.
Bagi pelajar-pelajar yang baru ditawarkan penajaan JPA berikut dan berhasrat untuk menarik diri daripada penajaan tersebut, anda diminta untuk melengkapkan maklum balas di borang permohonan secara atas talian di pautan disediakan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk dapatkan pautan borang permohonan menarik diri daripada tajaan JPA.
Isi Kandungan
JENIS TAJAAN
Permohonan menarik diri adalah terbuka bagi pelajar yang mendapat tawaran tajaan JPA program berikut:
- Program Ijazah Dalam Negara (PIDN 2022); dan
- Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (PKLSPM 2022)
BORANG PERMOHONAN MENARIK DIRI DARIPADA TAJAAN JPA
Calon yang mendapat tawaran tajaan JPA dan berhasrat untuk menarik diri daripada menerima tajaan JPA tersebut diminta untuk mengisi borang permohonan menarik diri daripada tajaan JPA dengan ikut langkah berikut:
- Pergi ke pautan BORANG PERMOHONAN MENARIK DIRI DARIPADA TAJAAN JPA
- Lengkapkan maklumat diri dan pilih jenis tajaan diterima. Klik Next untuk ke laman seterusnya
- Lengkapkan maklumat penajaan dan Borang Permohonan Tarikh Diri (Bertukar Penaja) dan lampirkan bersama Surat Tawaran Penaja Baharu.
- Klik Submit untuk hantar permohonan
Muat turun borang permohonan tarik diri dari penajaan yang perlu dimuat naik di laman permohonan di bawah: