Permohonan Sekolah Model Khas KPM 2026 Dibuka: Syarat, Tarikh Penting & Keistimewaan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka peluang untuk murid Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5 bagi mengikuti Program Sekolah Model Khas Tahun 2026.

Program ini diwujudkan untuk memberi pendidikan berkualiti dengan keistimewaan tertentu, khususnya kepada murid daripada keluarga berpendapatan rendah (B40).

Sekolah Model Khas menawarkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan jaminan penempatan murid ke Tingkatan 1 secara automatik selepas tamat Tahun 6.

Hal ini menjadikan program ini pilihan terbaik bagi ibu bapa yang ingin memastikan kesinambungan pendidikan anak-anak.

Syarat Permohonan

Permohonan adalah terbuka kepada:

  • Warganegara Malaysia.
  • Murid yang bersekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Murid Tahun 3, Tahun 4, atau Tahun 5 pada tahun 2025.

Tarikh-Tarikh Penting Permohonan

Berikut adalah jadual lengkap proses permohonan Sekolah Model Khas KPM:

  • Hebahan: 29 September 2025
  • Permohonan: 1 – 30 Oktober 2025
  • Ujian Saringan: 10 – 18 November 2025
  • Keputusan / Tawaran: 26 Disember 2025
  • Rayuan: 27 Disember 2025 – 31 Januari 2026

Pemohon boleh membuat permohonan, menduduki ujian saringan, serta menyemak keputusan melalui pautan rasmi yang disediakan oleh KPM.

Keistimewaan & Senarai Sekolah Model Khas

Antara keistimewaan program ini ialah:

  • Keutamaan diberikan kepada keluarga B40.
  • Penempatan automatik ke Tingkatan 1 selepas tamat Tahun 6.

Antara sekolah yang ditawarkan di bawah program Sekolah Model Khas termasuk:

  • Sekolah Model Khas Baling, Kedah
  • Sekolah Model Khas Bukit Jenun, Kedah
  • Sekolah Model Khas Clifford, Pahang
  • Sekolah Model Khas Seri Tualang, Pahang
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pulai, Perlis
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kundang, Perak
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar, Perak
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Puteri, Pulau Pinang

Penutup

Program Sekolah Model Khas KPM 2026 adalah peluang istimewa untuk murid mengembangkan potensi diri dalam persekitaran pembelajaran yang lebih tersusun dan terjamin. Dengan kelebihan penempatan automatik ke Tingkatan 1, program ini pastinya memberi manfaat besar kepada keluarga, khususnya daripada golongan B40.

Ibu bapa digalakkan untuk membuat permohonan awal bagi memastikan anak-anak tidak terlepas peluang pendidikan berkualiti yang ditawarkan oleh KPM.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma