Permohonan Kemasukan Ke Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu Sesi 2023 Kini Dibuka
PPYT ditubuhkan pada 1980an adalah bertujuan membantu pelajar Negeri Terengganu yang tercicir di dalam peperiksaan awam bagi tujuan melayakkan mereka menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di pusat-pusat pengajian terpilih.
PPYT merupakan sebuah institusi pendidikan Peringkat Menengah Atas yang menawarkan tempat belajar kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Terengganu melalui Yayasan Terengganu.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran kemasukan ke PPYT dan panduan permohonan.
Isi Kandungan
LOKASI PPYT
Terdapat dua (2) buah PPYT dibawah penyeliaan dan pentadbiran Bahagian Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu yang boleh dipilih oleh pemohon iaitu :-
a) Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu Kuala Berang
Jalan Paya Besar, 21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu. Terengganu.
b) Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu Besut
Jalan Batu Tumboh, Kampung Gong Kepas, 22200 Besut, Terengganu.
SYARAT KELAYAKAN
Tawaran adalah terbuka kepada pemohon yang berkelayakan seperti berikut:
- Pemohon mestilah berumur 17 hingga 25 tahun pada tarikh permohonan
- Ibu bapa dan pemohon adalah warganegara Malaysia, keutamaan diberikan kepada rakyat negeri Terengganu
- Pemohon yang layak wajib mengikuti sesi persekolahan di PPYT TIDAK KURANg daripada 10 bulan
Kategori pelajar yang diterima masuk ke PPYT:
- Pelajar yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang dari sekolah asal, mereka
diberi peluang untuk mengulang peperiksaan SPM dengan mod pembelajaran sepenuh masa - Pelajar lepasan sekolah pondok / madrasah yang tiada sijil SPM bagi membolehkan mereka di terima masuk ke universiti tempatan mahupun luar negara, mereka diberi peluang untuk mengambil peperiksaan SPM bagi memenuhi syarat kemasukan ke universiti dengan mod pembelajaran sepenuh masa di PPYT.
INFRASTRUKTUR/ KEMUDAHAN DI PPYT
Antara kemudahan disediakan di PPYT adalah:
- Wifi
- Kafeteria
- Pusat Sumber
- Asrama
CARA MOHON
Permohonan bagi kemasukan ke Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu tahun 2023 boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut:
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan program pengajian ditawarkan, anda boleh hubungi Yayayasan Terengganu:
- Tel: 09 621 1800
- Emel: info@yt.gov.my
- Laman sesawang: www.yt.gov.my