Tarikh Permohonan PTPTN 2022 Dibuka & Cara Mohon PTPTN Secara Online

Sukacita dimaklumkan PTPTN akan membuka permohonan pinjaman kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan.

Pinjaman pendidikan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian. Sekali gus, membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran pinjaman PTPTN dan panduan buat permohonan.

TARIKH PERMOHONAN PTPTN

Semua pelajar boleh memohon mana-mana kelompok mengikut tarikh kemasukan ke IPT.

Permohonan Kelompok 1

  • Tarikh permohonan: 1 September 2022 – 30 September 2022
  • Kelulusan permohonan: 7 – 10 Oktober 2022

Permohonan Kelompok 2

  • Tarikh permohonan: 1 Oktober 2022 – 31 Oktober 2022
  • Kelulusan permohonan: 7 – 10 Oktober

SYARAT PERMOHONAN PTPTN

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk membuat permohonan PTPTN:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  • Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  • Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;
  • Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;
  • Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
  • Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
  • Tiada penaja lain; dan
  • Telah membuka akaun SSPN-i**.

**Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit.

Baca juga: Cara Buka Akaun SSPN Secara Online

Pelajar juga boleh buka akaun Bank Islam sendiri melalui laman sesawang https://vao.bankislam.vom.my/

CARA MOHON PTPTN SECARA ONLINE

Berikut adalah langkah-langkah membuat permohonan pinjaman PTPTN secara dalam talian (online):

  1. Pemohon perlu sediakan surat tawaran kemasukan ke IPT terlebih dahulu
  2. Pastikan anda sudah membuka akaun SSPN
  3. Pemohon perlu membeli No. Pin PTPTN yang bernilai RM5.00 di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). (No. PTPTN hanya sah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pembelian)
  4. Pemohon perlu mempunyai akaun bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing.
  5. Semak tarikh permohonan di atas. Pastikan buat permohonan sebelum tarikh tutup.
  6. Klik PENDAFTARAN PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN.
  7. Klik PENDAFTARAN PERMOHONAN PINJAMAN di laman berikut.
    Semak Tarikh Permohonan PTPTN 2020 Atas Talian & Cara Mohon PTPTN
  8. Lengkapkan pendaftaran seperti yang diminta sehingga BERJAYA.
    Semak Tarikh Permohonan PTPTN 2020 Atas Talian & Cara Mohon PTPTN

Untuk manual pendaftaran lebih terperinci, anda boleh lihat di sini:

MANUAL PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda yang ingin membuat permohonan pinjaman PTPTN bagi kemasukan ke IPT yang tidak lama lagi. Sila ambil perhatian dengan tarikh-tarikh yang dikongsikan di atas supaya tidak terlepas nanti.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke cawangan PTPTN berdekatan anda.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma