Permohonan Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Institut Kemahiran Tinggi Negara

Pengumuman penting bagi belia yang berminat untuk mendapatkan sijil kemahiran dalam bidang automotif. Kini anda boleh mendapatkan sijil kemahiran secara lebih mudah melalui Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

Program SLDN diperkenalkan adalah bertujuan untuk mewujudkan tenaga mahir di kalangan belia negara melalui satu kaedah latihan komprehensif dan terkini yang memenuhi kehendak industri semasa. Belia yang berminat untuk menyertai Program SLDN dapat meningkatkan kemahiran diri dengan kemahiran yang diperlukan oleh industri semasa.

BIDANG YANG DITAWARKAN

Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), ambilan Jun 2020 kini dibuka bagi belia di seluruh negara yang berminat untuk mendapatkan sijil kemahiran dalam bidang automotif sambil bekerja dan seterusnya diserap tetapi di syarikat/ industri terpilih yang telah bekerjasama dengan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh.

Bidang yang ditawarkan  bagi ambilan Jun 2020 adalah:

  • Light Vehicle : Repair Service

Belia yang berminat akan mengikuti pembelajaran yang akan dijalankan selama 2 bulan di Institut secara teori & 6 Bulan di Industri secara praktikal.

Dengan adanya Program SLDN,  tenaga mahir yang tidak memenuhi keperluan semasa dapat dikurangkan dan menambahkan bilangan tenaga mahir. Belia yang menyertai Program ini juga akan diberi pendedahan kepada perintis situasi kerja yang sebenar.

Namun, terdapat beberapa syarat am yang telah ditetapkan bagi belia yang ingin membuat permohonan bagi program ini.

SYARAT-SYARAT AM PERMOHONAN

Bagi belia yang berminat untuk membuat permohonan Program SLDN perlulah memenuhi syarat-syarat am yang ditetapkan seperti berikut:

  • Warganera Malaysia
  • Tamat Tingkatan 5
  • Berusia 17 Tahun Ke Atas
  • Bujang/Belum Berkahwin
  • Sihat Tubuh Badan
  • Tidak Terikat Dengan Program Lain

FAEDAH DAN KEBAIKAN PROGRAM SLDN

Belia yang menyertai Program SLDN akan memperolehi:

  • Perantis akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 & Tahan 2 yang diperakukan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) setelah tamat kursus.
  • Elaun RM300.00 setiap bulan kepada Perantis yang berjaya dan akan ditempatkan mengikuti latihan kemahiran di syarikat yang bekerjasama dengan IKBTN Temerloh.

MAKLUMAT DAN BUTIRAN YANG DIPERLUKAN

Belia yang berminat untuk membuat permohonan Program ini perlulah menyediakan beberapa dokumen yang diperlukan seperti :

  • Slip Keputusan SPM/Sijil Tamat Persekolahan
  • Salinan Mykad Pemohon
  • Salinan Penyeta Bank Personal
  • Alamat Emel Yang Sah
  • Alamat Surat Menyurat
  • Nombor Telefon Yang Sah
  • Gambar Passport

MAKLUMAT LANJUT PERMOHONAN

Bagi belia yang berminat untuk membuat permohonan dan mempunyai pertanyaan lanjut boleh hubungi @ WhatsApp:

  •  +6 013 746 1510 (Rusdy),
    rusdy@kbs.gov.my
  • +6 012 963 9800 (Mohd Rostam),
    yusoffrostam72@gmail.com

LOKASI/ALAMAT

Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh,
28500 Lanchang,
Pahang.

Bagi memperoleh maklumat lebih lanjut mengenai permohonan bagi Program SLDN, sila layari pautan berikut:

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma