Permohonan PJJ UUM / Program Pendidikan Jarak Jauh Sarjana Muda UUM Kini Dibuka
Bagi merealisasikan Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Professional And Continuing Education Centre (PACE) mengambil tanggungjawab menyediakan peluang kepada warganegara Malaysia untuk memperbaiki kualiti hidup melalui peningkatan pendidikan yang lebih tinggi.
PACE bertanggungjawab mengendalikan program melalui mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) yang sentiasa memenuhi kehendak pasaran semasa. Program ini menawarkan kemasukan bagi sesi Januari, April, Julai dan Oktober.
Untuk membuat permohonan kemasukan Januari 2023, anda boleh lihat perkongsian di bawah.
Isi Kandungan
KEISTIMEWAAN PROGRAM PJJ UUM
Antara keistimewaan bagi Program PJJ UUM ini adalah:
- Penggunaan Modul Bahasa Melayu
- Program diiktiraf oleh MQA
- Pinjaman PTPTN
- Bayaran yuran secara ansuran
- Kemudahan pindah dan tumpang Pusat Pembelajaran
- Pendaftaran kemasukan Januari, April, Julai & Oktober
PROGRAM YANG DITAWARKAN
Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Universiti Utara Malaysia menawarkan program berikut :
- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM(Hons)]
- Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian [BBA(Hons)]
- Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian [BComm(Hons)]
- Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian [BIFB(Hons)]
- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian [BCIM(Hons)]
SYARAT MINIMUM KEMASUKAN
Berikut adalah syarat kemasukan ke program PJJ UUM:
- Calon hendaklah mempunyai kelulusan SPM dengan 4 Kepujian termasuk BM
- Lulus Matematik/ Prinsip Akaun/ Perdagangan/ Ekonomi Asas
- Berumur 21 tahun ke atas
- Mempunyai pengalaman kerja selama 3
KAEDAH PEMBELAJARAN
Program ini dijalankan dengan metodologi berikut:
- Pertemuan kuliah diadakan 4 kali dalam satu semester. Setiap kuliah dikendalikan selama 4 jam. Kuliah akan dijalankan sebulan sekali pada hujung minggu.
- Modul berbentuk CD yang komprehensif merupakan bahan pembelajaran utama bagi setiap kursus yang akan dibekalkan kepada pelajar.
- Tempat dan tarikh kuliah serta peperiksaan bagi satu semester akan diumumkan kepada pelajar sebelum kuliah bermula.
YURAN PENGAJIAN
- Bayaran Yuran Secara Ansuran
- Pengeluaran daripada akaun KWSP
- Pinjaman JPA
- Pinjaman PTPTN
CARA MEMOHON
Permohonan kemasukan sesi Januari 2023 kini dibuka. Bagi yang berminat, anda boleh membuat permohonan secara online di pautan berikut:
Pastikan anda mengisi borang kemasukan dengan betul. Sekiranya pemohon menghantar borang kemasukan awal, permohonan akan diproses awal, sekiranya lewat, permohonan akan diproses pada semester seterusnya.