Panduan Permohonan No. Pin e-Filing Bagi Pembayar Cukai Pendapatan Baru
Mulai Tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan. Individu yang belum pernah membayar cukai dan dapati layak untuk membuat bayaran cukai tahunan diminta untuk membuat permohonan No. Pin segera untuk urusan e-Filing anda.
Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.
Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan membuat permohonan No. pin untuk urusan e-Filing bagi pembayar cukai baru.
Isi Kandungan
APA ITU E-FILING?
E-FILING merupakan satu laman untuk menghantar Borang Nyata Cukai (BNCP) Pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) secara elektronik melalui Internet. Melalui kaedah ini, pembayar cukai boleh menghantar borang ini dengan mudah, cepat dan selamat tanpa perlu pergi ke kaunter LHDNM.
Tarikh 1 Mac sehingga 30 April setiap tahun adalah tarikh untuk penghantaran borang cukai pendapatan untuk kategori BE iaitu individu Warganegara Malaysia yang tidak menjalankan apa-apa perniagaan dalam tahun yang ditaksir. Kini, pembayar cukai boleh mengisi borang melalui e-Filing sahaja.
Baca juga: Panduan Terkini Cara Isi e-Filing Cukai Pendapatan LHDN
Untuk menggunakan e-Filing, setiap pembayar cukai mestilah mempunyai No. Pin yang perlu dimohon terlebih dahulu.
PERMOHONAN NO. PIN E-FILING
Bagi kes-kes segera permohonan PIN untuk mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan, anda boleh hadir ke mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia yang berhampiran.
1. Nombor Pin Sijil Digital Individu
Lampirkan dokumen berikut semasa membuat permohonan:
- Borang CP55D
- Salinan kad pengenalan/passport pemohon
Sekiranya terdapat perubahan di dalam maklumat peribadi (Contoh : Alamat surat menyurat, no. telefon dan lain-lain), sila sertakan bersama dokumen berikut :
2. Nombor Pin Sijil Digital Organisasi (SeFO)
Lampirkan dokumen berikut semasa permohonan:
- Borang CP55B
- Dokumen sokongan. Klik disini untuk dapatkan senarai dokumen mengikut jenis organisasi.
3. Nombor Pin Sijil Digital Pentadbir (SeFP)
Dokumen berikut perlu dilampirkan semasa permohonan :
- Borang CP55B
- Dokumen sokongan. Klikdisini untuk dapatkan senarai dokumen yang perlu dilampirkan.
4. Nombor Pin e-Filing Firma Ejen Cukai (TAeF)
- Borang CP55A
- Salinan kad pengenalan /passport wakil (pentadbir sistem)
PERMOHONAN NO PIN SECARA ONLINE
Untuk permohonan nombor pin secara online, sila pastikan fail-fail yang dimuat naik mengikut spesifikasi berikut:
- Format: *pdf
- Saiz: 2MB sahaja
- Label: Alphanumerik sahaja (a-z, A-Z dan 0-9)
Permohonan yang tidak disertakan dengan dokumen yang lengkap boleh menyebabkan ianya tidak akan diproses. Permohonan nombor pin bagi pembayar cukai baru boleh dibuat melalui pautan berikut:
Pemohon yang sudah berjaya mendapatkan nombor pin boleh rujuk Panduan Terkini Cara Isi e-Filing Cukai Pendapatan LHDN EzHasil.
Rujuk: e-Filing 2021: Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Terkini Yang Boleh Dituntut
Jika ingin dapatkan Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Nombor PIN e-Filing cukai pendapatan, anda boleh hubungi talian 1-800-88-5436 serta layari laman web rasmi LHDN.