Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online/ Emel / Pos
Berikutan dengan masalah penularan wabak Covid-19 yang telah menyebabkan ramai rakyat telah diberi cuti tanpa gaji oleh majikan, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk memberi kebenaran kepada pemegang akaun KWSP membuat pengeluaran Akaun ke 2 sebanyak RM500 sebulan bermula 1 April 2020 bagi memudahkan rakyat.
Pencarum KWSP yang berumur di bawah 55 tahun layak untuk membuat pendaftaran dan pengeluaran i-Lestari akaun 2 KWSP dan dijangka menerima wang pengeluaran i-Lestari akaun 2 KWSP melalui akaun bank masing-masing pada 1 Mei 2020.
Pengeluaran i-Lestari akan 2 KWSP adalah dihadkan untuk tempoh pengeluaran selama 12 bulan.
Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan pengeluaran akaun 2 KWSP melalui online, emel dan pos, syarat kelayakan ahli untuk membuat pengeluaran dan tarikh permohonan.
Isi Kandungan
SYARAT PERMOHONAN
Bagi membuat permohonan, ahli mestilah penuhi syarat berikut:
- Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap
- Berumur di bawah 55 tahun
- Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2 tertakluk kepada baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat
- Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2)
CARA MEMOHON
Terdapat tiga cara pencarum boleh membuat permohonan pengeluaran iaitu:
- Secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun); Atau
- Emelkan kepada ilestarimohon@epf.gov.my (Borang dimuatnaik); Atau
- Secara pos/pos berdaftar ke alamat di bawah:
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Karung Berkunci No. 220,
Jalan Sultan 46720 Petang Jaya
(Pengeluaran i-Lestari)
Pencarum hanya perlu membuat permohonan i-Lestari sekali sahaja dan pembayaran akan dikreditkan secara berulang setiap bulan ke dalam bank pencarum.
CARA MENDAFTAR i-AKAUN KWSP
Pencarum digalakkan untuk membuat pendaftaran dan pengeluaran secara atas talian melalui e-Pengeluaran i-Akaun untuk memudahkan urusan masing-masing. Bagi mendaftar dan mengaktifkan i-Akaun ikuti cara berikut:
- Pergi ke mana-mana Kios atau Kaunter KWSP yang berhampiran untuk mendaftar. Selepas selesai mendaftar anda akan menerima SMS yang mengandungi ID Pengguna dan Kata Laluan sementara untuk iAkaun anda.
- Layari www.kwsp.gov.my, pergi kepada bahagian “Saya Ahli (i-Akaun)” dan tekan butang “Log Masuk”.
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.
*Pengaktifan perlu dilakukan dalam masa 30 hari anda menerima SMS. - Baca Terma Dan Syarat yang dipaparkan dan pilih “Setuju”.
- Kemudian tukar ID Pengguna sementara kepada yang baharu (kekal), masukkan Kata Laluan baharu, pilih imej online untuk pengesahan dan masukkan Frasa Rahsia anda. *Jika ID Pengguna tidak diubah, ID Pengguna sementara akan digunakan sebagai ID Pengguna kekal.
- Apabila pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
- Log masuk dengan maklumat akaun baru untuk akses i-Akaun KWSP anda.
PROSES PENGHANTARAN PERMOHONAN i-LESTARI
1. Permohonan
Permohonan dibuat oleh pemohon melalui i-Akaun, emel ke ilestari.mohon@epf.gov.my atau secara hantaran pos ke KWSP.
2. Pemprosesan/Kelulusan
Semakan kelayakan dan proses kelulusan pemohon akan dilakukan secara auto approve oleh KWSP. Ahli tidak perlu hadir ke kaunter KWSP untuk tujuan pengecaman dan pengesahan cap ibu jari (CIJ).
3. Pengkreditan Bayaran
Pembayaran pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan ke dalam akan bank aktif ahli. Bayaran berulang untuk bulan-bulan berikutnya akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli sebelum akhir bulan pengeluaran yang berkenaan dan tertakluk kepada baki Akaun 2.
4. Notifikasi
Ahli akan menerima notifikasi melalui SMS selepas pembayaran berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank Ahli. Ahli juha boleh menyemak status permohonan dan pembayaran melalui i-Akaun.
TARIKH PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN AKAUN i-LESTARI KWSP
Berdasarkan hebahan di portal KWSP, pencarum boleh mula mendaftar i-Lestari akaun 2 KWSP bermula pada tarikh yang diumumkan di bawah:
- Bermula dari 1 April 2020 secara emel dan pos melalui emel ilestarimohon@epf.gov.my
- Bermula dari 1 Mei 2020 secara dalam talian melalui i-Akaun
MENGAPA PENGELUARAN TERHAD RM500 SEBULAN?
Tujuan pengeluaran i-Lestari ini adalah untuk meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.
Jumlah maksimum RM500 adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan berkenaan.
Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik Covid-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut.