Untuk makluman, permohonan pengecualian bayaran balik PTPTN untuk peminjam ijazah Sarjana Muda kelas pertama kini di buka.
Baca juga: Permohonan Kursus Sijil Perhutanan & Renjer Hutan
Pengecualian bayaran balik ini dipertimbangkan kepada pelajar yang menamatkan pengajian bermula 01/01/2019 sehingga 2021 serta tergolong dalam B40 dan M40.
Bagi pelajar yang tamat sebelum 01/01/2019 bayaran balik masih tertakluk kepada polisi lama.
TEMPOH PERMOHONAN PENGECUALIAN PTPTN
Permohonan pengecualian PTPTN bagi graduan yang dapat Kelas Pertama dan bergraduasi tahun 2019 hingga 2021 boleh dibuat pada:
- Mulai 15 September 2022 hingga 31 Disember 2022
SYARAT PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PINJAMAN
Syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman:
- Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama oleh IPT.
- Mengikuti peringkat pengajian Ijazah secara sepenuh masa.
- Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN.
- Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain.
- Kursus yang diikuti oleh peminjam di telah memperolehi Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.
- Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada PTPTN dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh pengijazahan semasa konvokesyen.
Dokumen yang perlu disertakan:
- Akuan Peminjam yang telah lengkap diisi.
- Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan
- Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan.
- Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS).
- Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah).
Nota:
- Salinan dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai yang diberi kuasa seperti ditetapkan oleh PTPTN iaitu Bahagian Akademik IPT atau Bahagian Yang Mengeluarkan Transkrip dan Skroll di IPT/Cawangan peminjam mengikuti pengajian sahaja.
- Cop pengesahan hendaklah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.
- Bagi tranksrip yang tidak dinyatakan maklumat permarkahan/ penggredan, surat makluman pengiraan dan penentuan permarkahan/ penggredan daripada IPT perlu disertakan
Permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman akan diproses dalam tempoh 60 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut sila rujuk pautan-pautan yang disediakan di bawah: