Permohonan Kemasukan Ke UiTM Sesi 2020/2021 Terbuka Kepada Lepasan SPM

Universiti Teknologi Mara (UiTM) kini membuka permohonan untuk kemasukan pelajar sesi 2 2020/2021 ke UiTM bagi pelajar lepasan SPM yang berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan dan memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Permohonan program pengajian yang ditawarkan boleh dibuat secara atas talian sehingga 30 September 2020. Ikuti perkongsian di bawah untuk semakan syarat kelayakan dan cara membuat permohonan.

Isi Kandungan

PROGRAM PENGAJIAN DITAWARKAN

Berikut adalah program pengajian yang ditawarkan:

  • Asasi Undang-undang UiTM
  • 74 Program Diploma UiTM
  • Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina UiTM (AP243)

SYARAT PERMOHONAN KE UITM

Berikut adalah syarat-syarat permohonan bagi kemasukan ke UiTM:

  • Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan
  • Pemohon adalah Warganegara Malaysia berketurunan melayu/ Anak Negeri Sabah/ Anak Negeri Sarawak/ Orang Asli Semenanjung sahaja
  • Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohon
  • Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah dan bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
  • Pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT tidak dibenarkan memohon

Semakan syarat kelayakan untuk setiap program pengajian boleh disemak di pautan berikut:

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dilakukan secara atas talian sehingga 30 September 2020 di Portal Kemasukan Pelajar UiTM. Pemohon diminta untuk membuat pembelian No Pin terlebih dahulu di kaunter BSN atau online banking untuk membuat urusan permohonan.

Berikut adalah maklumat penting yang perlu anda tahu:

  • Pastikan anda beli No Pin yang betul mengikut lepasan. Rujuk DI SINI
  • No Pin mula dijual bermula 03/08/2020
  • No Pin permohonan UPU RM15.60 (Permohonan UPU) tidak boleh digunakan untuk permohonan sesi 2 ke UiTM.
  • Dinasihatkan membeli No pin yang baru untuk permohonan ke UiTM sesi 2.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan pengambilan dan keputusan permohonan, anda boleh hubungi Unit Diploma Bahagian Pengambilan Pelajar di talian 03-5544 3194 / 3196 / 8067.

Permohonan Kemasukan Ke UiTM Sesi 2020/2021 Terbuka Kepada Lepasan SPM

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma