Permohonan DPLI Universiti Malaya di Buka / Program Pasca Siswazah Pendidikan UM

Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) merupakan usaha untuk menarik minat graduan lepasan ijazah bukan pendidikan untuk menjadi warga pendidik.

Universiti Malaya (UM) juga mempunyai Program Pasca Siswazah Pendidikan tersendiri yang menawarkan pengkhususan dalam pelbagai bidang.

Program Pasca Siswazah Pendidikan Universiti Malaya akan dijalankan selama satu tahun secara kelas masa fleksibel.

Permohonan DPLI Program Pasca Siswazah Pendidikan UM adalah di buka untuk kemasukan sesi September 2020.

Program DPLI UM ini terbuka untuk graduan lepasan ijazah sahaja. Pemohon juga perlu tahu tiada jaminan untuk terus mendapat tempat sebagai guru. Ia bergantung juga pada kekosongan.

Namun keputusan yang cemerlang mengikuti program ini akan memudahkan untuk mendapat tempat untuk menjadi seorang guru.

Di bawah maklumat lanjut permohonan program DPLI UM untuk rujukan anda.

PERMOHONAN PROGRAM DPLI UNIVERSITI MALAYA

Untuk pengetahuan pemohon, permohonan untuk program ini telah pon dibuka untuk ambilan September.

Di bawah merupakan maklumat lanjut permohonan, tarikh tutup, syarat kelayakan dan info lain yang berkaitan untuk panduan pemohon yang berminat:

 IKLAN PERMOHONAN DPLI UM
Iklan Permohonan DPLI UM
TARIKH PERMOHONAN DI BUKA
Permohonan Di Buka Permohonan Tutup
📆15 Februari 2020 📆15 April 2020
PAUTAN MEMBUAT PERMOHONAN DPLI UM
PERMOHONAN DPLI

Klik Ke Laman Permohonan 👉 https://maya.um.edu.my/
KELAYAKAN MEMOHON PROGRAM DPLI
Sebelum membuat permohonan, pemohon dinasihatkan membuat semakan kelayakan terlebih dahulu. Berikut adalah senarai syarat kelayakan kemasukan ke program DPLI:
  • Pemohon hendaklah pemegang ijazah yang diiktiraf.
  • Warganegara Malaysia.
  • Tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan dan boleh untuk mengikuti program yang diaturkan.
  • Calon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukkan ijazah (skrol) semasa pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia
  • Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti tidak layak memohon
  • Untuk memohon Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah, calon hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan
  • Pemegang Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara
  • Mendapat sekurang kurangnya kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di SPM/SPM(V)
  • Sebelum mengemukakan permohonan pastikan anda rujuk syarat-syarat yang ditetapkan.
BIDANG YANG DITAWARKAN MELALUI DPLI
Berikut merupakan bidang yang ditawarkan melalui program DPLI:
 

  • Bahasa Malaysia
 

  • Matematik
  • Fizik
 

  • Kimia
 

  • Biologi
 

  • Teknologi Pengajaran
 

  •  Pendidikan Islam
 

  • Pendidikan jasmani dan kesihatan
 

  •  Pendidikan tahfiz 
 

  •  Kejuruteraan
 

  •  Sains Komputer

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma