Maksud Permohonan BPN Masih Dalam Proses?
Timbul persoalan dan jadi bahan tanda tanya kepada pemohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tentang status permohonan BPN yang memaparkan “DALAM PROSES” selepas status ‘PERMOHONAN DITERIMA’ dipaparkan.
Isi Kandungan
APA MAKSUD STATUS DALAM PROSES BPN?
Jika permohonan anda sedang diproses dan disemak pada laman portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN), maka status “DALAM PROSES” ini akan dipaparkan. Status ini bermakna permohonan anda sedang dalam proses semakan kelayakan oleh LHDN sama ada permohonan anda LULUS atau GAGAL.
CONTOH SITUASI PERMOHONAN BPN DALAM PROSES
Di bawah merupakan contoh situasi untuk memudahkan pemahaman anda.
Ahmad melayari laman portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN) pada 1 April 2020. Dia telah menyemak status kelulusan Bantuan Prihatin Nasional(BPN) namun tiada rekod dipaparkan. Maka beliau telah mendaftar permohonan baru dengan mengisi maklumat yang diperlukan dan permohonan tersebut diterima oleh LHDN selepas beberapa hari. Pihak LHDN pula menerima permohonan tadi dan memberi paparan permohonan diterima. Selepas beberapa hari Ahmad mendapati status telah bertukar kepada ‘DALAM PROSES “. Ahmad hanya perlu bertenang dan menunggu makluman tentang semakan kelulusan permohonan baru BPN dan jika lulus permohonan, maka Ahmad akan mendapat BPN pada bulan Mei 2020.
Jadi anda tidak perlu khuatir sekiranya permohonan anda masih berstatus DALAM PROSES. Ini kerana semakan kelayakan sedang dilakukan pihak LHDN bagi menentukan sama ada anda layak menerima bantuan atau tidak.
Sekiranya permohonan anda diluluskan maka anda akan menerima pembayaran secara sekaligus pada bulan Mei nanti.
Semakan dari masa ke semasa boleh anda lakukan di laman rasmi BPN Hasil.