Terkini: Permohonan Kebenaran Perjalanan Bekerja Semua Sektor Perlu Dibuat Melalui CIMS 3.0 MITI

Sebelum ini kerajaan telah memutuskan bahawa perniagaan dan perkhidmatan perlu yang akan beroperasi sepanjang tempoh PKP perlu mendapatkan kebenaran melalui kementerian berkaitan perkhidmatan sahaja. Namun satu PERUBAHAN SAAT AKHIR telah berlaku semalam. Perkhidmatan yang akan beroperasi juga perlu buat permohonan melalui MITI.

Sidang Khas MKN yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri hari ini memutuskan supaya sebuah pusat sehenti (one stop centre) yang diselaraskan oleh MITI diwujudkan untuk mengeluarkan surat kebenaran beroperasi bagi sektor perkhidmatan perlu setelah mendapat pengesahan daripada kementerian-kementerian yang mengawal selia sektor berkenaan.

Rujuk: Pengkelasan Bidang Kuasa Kementerian  Mengikut Jenis Perkhidmatan 

PERMOHONAN BAHARU KEBENARAN PERJALANAN UNTUK BEKERJA

Selaras dengan pelaksanaan PKP Fasa Pertama ini, surat kebenaran beroperasi bagi sektor perkhidmatan perlu yang dibenarkan oleh Kerajaan yang dikeluarkan oleh MITI sebelum ini adalah terbatal mulai 1 Jun 2021.

Sehubungan itu, permohonan baharu bagi kebenaran perjalanan untuk bekerja PERLU dikemukakan semula melalui:

  • Portal Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0

Portal ini diselaraskan oleh MITI dan melibatkan SEMUA Kementerian yang mengawal selia 17 sektor perkhidmatan perlu yang telah dibenarkan beroperasi.

MUAT TURUN SURAT KEBENARAN MITI DI CIMS 3.0

Bagi yang sudah berdaftar di CIMS 3.0 sebelum ini dan syarikat anda adalah di dalam sektor yang DIBENARKAN BEROPERASI, anda hanya perlu log masuk ke CIMS dan muat turun surat baharu.

Panduan pendaftaran boleh dilihat di sini:

Surat Kebenaran MITI di CIMS 3.0 boleh dimuat turun dengan log masuk ke https://notification.miti.gov.my

https://notification.miti.gov.my/login https://notification.miti.gov.my/login

SENARAI PERKHIDMATAN PERLU

Berikut adalah senarai perkhidmatan perlu yang boleh beroperasi sepanjang tempoh PKP:

  • Makanan dan minuman termasuk untuk haiwan
  • Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar
  • Air
  • Tenaga
  • Keselamatan (security and safety), pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan
  • Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetungan
  • Pengangkutan melalui darat, air atau udara
  • Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo dan pemaliman, dan penyimpanan atau pemukalan komoditi
  • Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran (bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpama nya sahaja)
  •  Perbankan, insuran, takaful dan pasaran modal
  • Kredit komuniti (pajak gadai dan Ar-rahnu)
  • E-dagang dan teknologi maklumat
  • Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir
  • Hotel dan penginapan (hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bukan tujuan pelancongan)
  • Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
  • Perkhidmatan perhutanan (terhad kepada penguatkuasaan) dan hidupan liar
  • Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu

Semua sektor perkilangan adalah TIDAK DIBENARKAN , kecuali:

  • Aeroangkasa
  • Makanan & Minuman
  • Pembungkusan Pencetakan
  • Penjagaan diri & cuci
  • Perubatan dan kesihatan

Sebarang perubahan atau maklumat lanjut, anda boleh dapatkan di laman facebook Kementerian Komunikasi dan Mulitemdia Malaysia KKMM yang dikemaskini dari masa ke semasa.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma