Mohon BPN 2.0: LHDN Saran Kemuka Permohonan Baharu Secara Dalam Talian

Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri September lepas dalam perutusan Kita Prihatin, hampir 7 bilion diperuntukkan untuk membantu rakyat melalui Bantuan Prihatin Nasional 2.0. Pelaksanaan bantuan tunai akan diberikan kepada golongan B40 dan M40 yang layak.

Kita juga sudah dimaklumkan bahawa kita tidak perlu membuat sebarang permohonan untuk BPN 2.0 sekiranya pernah menerima BPN yang lepas. Hanya individu yang tidak pernah menerima BPN sebelum ini sahaja perlu membuat permohonan baharu.

Untuk makluman anda, permohonan baharu BPN 2.0 bagi yang belum pernah terima BPN adalah dibuka mulai esok iaitu 15 Oktober 2020. 

KAEDAH PERMOHONAN BAHARU BPN 2.0

Permohonan baharu BPN 2.0 boleh dibuat melalui 2 kaedah yang disediakan iaitu:

  • Secara atas talian – RUJUK SINI
  • Melalui mana-mana cawangan, Pusat Khidmat hasil (PKH) atau UTC LHDNM

Baca juga: Kadar Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Mengikut Kategori

LHDN SARAN BUAT PERMOHONAN BARU BPN 2.0 SECARA DALAM TALIAN

Pemohon baharu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 terutama di kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) digalakkan membuat permohonan secara dalam talian.

Baca jugaL Apa Beza PKPB, PKPD & PKPDB? Ini Istilah Berkaitan PKP Yang Perlu Anda Tahu

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan permohonan dalam talian adalah lebih digalakkan buat masa ini bagi memastikan rantaian penularan wabak Covid-19 dapat diputuskan.

Permohonan baharu BPN 2.0 boleh dibuat mulai 15 Oktober sehingga 15 November 2020. Anda boleh semak syarat kelayakan permohonan baru BPN 2.0.

TARIKH PEMBAYARAN BPN 2.0

Untuk makluman anda, tarikh pembayaran BPN 2.0 kepada pemohon yang layak telah ditetapkan seperti berikut:

  • Fasa 1: Hujung bulan Oktober 2020
  • Fasa 2: Bulan Januari 2021

Baca: Kaedah bayaran BPN 2.0 kepada pemohon yang layak mulai hujung bulan Oktober 2020.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan permohonan baharu BPN 2.0 boleh dimajukan melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603 8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma