Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional, Nama Tiada Dalam Database? Sila Semakan Kriteria Kelayakan Penerima Ini
Seperti negara lain, Malaysia juga mengalami penularan wabak Covid-19 yang teruk sehingga kini. Penularan wabak ini telah memberi kesan bukan sahaja dari segi kesihatan, malah kehidupan harian rakyat.
Ramai rakyat yang terjejas dari segi sumber pendapatan akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani penularan ini.
Pelbagai inisiatif dan bantuan telah diberikan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi kesusahan hidup semasa kawalan ini. Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional dalam Pakej Rangsangan Ekonomi sebagai satu lagi inisiatif membantu rakyat.
Isi Kandungan
BANTUAN PRIHATIN NATIONAL
Bantuan Prihatin National merupakan bantuan pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion kepada rakyat yang layak iaitu dari golongan B40 dan M40 berpendapatan kurang daripada RM4000 sebulan.
Buat pertama kali juga, Bantuan Prihatin Nasional akan disalurkan kepada Kumpulan M40 (pendapatan RM4000 keatas).
Usaha kerajaan ini dilihat untuk membantu kesemua lapisan masyarakat yang umumnya terjejas tanpa mengira jumlah pendapatan bulanan mereka.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL
Jumlah bayaran yang akan dibuat ialah:
- Pertama: RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah.
* Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020. - Kedua: RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000.
* Akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei. - Ketiga: RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.
* Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020. - Keempat: RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000.
* Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.
KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL
Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan berikut:
BAGAIMANA INGIN MEMOHON BPN?
Bagi rakyat yang layak dan ingin membuat permohonan, anda tidak perlu isi borang untuk dapatkan bantuan ini.
Menurut Menteri Kewangan dalam temubual eksklusif wartawan Faris Izzat Shaharudin bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abd Aziz,
”Golongan B40 dan M40 yang kita sebutkan di dalam Pakej Prihatin. Kita ada database mereka. Jadi kita dapat anggarkan siapa yang dapat. Kita akan transfer duit ke akaun masing-masing.”
”Yang mana yang belum ada dalam data base kita. Kita boleh mendaftar. Di website Kementerian Kewangan ada list bagaimana seseorang itu boleh mendaftar untuk mendapat insentif yang disebut dalam Pakej Prihatin ini.”
Ini bermakna golongan kumpulan B40 dan M40 yang belum ada dalam database Kementerian Kewangan sahaja perlu mendaftar untuk mendapatkan insentif Pakej Prihatin. Bagi yang sudah pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) anda tidak perlu lagi membuat permohonan baharu.
PERMOHONAN BARU BPN
Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baru boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi Portal Rasmi berikut:
Semakan status juga boleh dibuat di 3 laman Portal Rasmi yang disenaraikan di atas.
Untuk maklumat lanjut, semak kenyataan rasmi media oleh Kementerian dan LHDN di bawah.