Permohonan Bantuan Prihatin Untuk Pelajar IPT (Universiti Awam & Swasta), Terima RM200 Sekali Bayar
Seperti kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ”tiada golongan yang tercicir”, pelajar IPT juga berpeluang untuk menerima manfaat daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 27 Mac lalu.
Sewaktu membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion, Perdana Menteri berkata, bayaran itu terbuka kepada semua pelajar di negara ini.
“Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM270 juta kepada pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS,” katanya.
Ikuti perkongsian di bawah untuk menyemak cara pembayaran bantuan untuk pelajari IPT.
Isi Kandungan
PELAJAR IPT TERIMA RM200 ONE OFF
Semua pelajar di institusi pengajian tinggi akan menerima bayaran RM200 secara one-off (sekali bayar) pada Mei ini, sebagai usaha meringankan beban yang dihadapi akibat penularan pandemik COVID-19.
Pakej ini akan diberikan kepada pelajar menyeluruh iaitu membabitkan pelajar matrikulasi, kolej komuniti, politeknik, universiti awam dan universiti swasta sebagai tanda keperihatinan kerajaan terhadap golongan ini.
Para pelajar IPT yang layak menerima bantuan ini pasti merasa lega kerana mereka tidak dilupakan dalam memberi bantuan kerana dalam tidak sedar mereka juga anta golongan yang mengalami kesusahan akibat daripada penularan COVID-19.
Ada di antara mereka yang terpaksa tinggal di institut masing-masing kerana tidak dapat pulang berikutan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Jadi, bantuan yang akan diterima ini akan dapat membantu pelajar dalam berbelanja dari segi makanan harian dan pembelajaran ketika jauh daripada keluarga tercinta.
CARA MOHON & PEMBAYARAN UNTUK PELAJAR IPT
Persoalan yang mungkin menjadi tanda tanya para pelajar adalan bagaimana cara untuk membuat permohonan bantuan RM200 untuk pelajar IPT? Bagaimana pula wang bantuan diagihkan kepada para pelajar?
Untuk makluman semua, caranya belum dapat dipastikan lagi tetapi mengikut fahaman kami, para pelajar tidak perlu membuat apa-apa permohonan setakat ini kerana pihak kerajaan sudah mempunyai data setiap pelajar daripada Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) bernilai RM100 yang diberikan sebelum ini melalui kad Bank Rakyat.
Cara agihan mungkin akan dimaklumkan oleh pihak institut masing-masing dalam masa terdekat. Pembayaran yang dimaklumkan adalah akan berlaku pada bulan Mei 2020 sebanyak RM200 untuk setiap pelajar secara one off (sekali bayar).
Walaubagaimanapun, jika ada perubahan dan sudah keluar cara untuk membuat permohonan atau kaedah bayaran, kami akan kemaskini artikel ini dan maklumkan dengan lebih lanjut. Semoga para pelajar sabar menunggu pengumuman tentang pembayaran bantuan ini kepada pelajar.
Jangan risau, setiap pelajar pasti merasa bantuan yang diberikan oleh kerajaan ini. Apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah membantu negara kita dalam memutuskan rangkaian virus COVID-19 dengan duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Info lanjut menyusul.