Muat Turun Permit Perintah Kawalan Pergerakan Bagi Pemohon Yang Tiada Telefon Pintar

Sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin pada 1 Mei lalu, pengecualian pergerakan rentas sempadan negeri menggunakan aplikasi mudah alih “Gerak Malaysia” hanya dibenarkan kepada dua kategori individu sahaja iaitu orang ramai yang terkandas di kampung atau tempat-tempat lain untuk pulang semula ke rumah masing-masing, dan bagi mereka yang hendak kembali ke tempat kerja sahaja.

Aplikasi dalam talian yang dinamakan “Gerak Malaysia” telah dibangunkan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bermula 25 April lalu. Orang ramai dinasihatkan memuat turun aplikasi terkini “Gerak Malaysia” versi 2.0 di Play Store bagi pengguna Android dan App Store bagi pengguna iOS.

Manakala bagi orang ramai yang tiada kemudahan telefon pintar pula, anda dikehendaki untuk memuat turun borang “Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)”

Anda boleh dapatkan borang tersebut di perkongsian bawah beserta cara membuat permohonan dengan borang tersebut.

MUAT TURUN PERMIT PERGERAKAN PKP

Bagi yang tiada telefon pintar, ikuti langkah-langkah di bawah untuk dapatkan borang Permit Pergerakan PKP untuk membuat permohonan.

  1. Muat turun borang “Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
    Muat Turun Permit Perintah Kawalan Pergerakan Bagi Pemohon Yang Tiada Telefon Pintar
  2. Isi borang tersebut dengan lengkap dalam dua (2) salinan.
  3. Hubungi balai polis berhampiran bagi tujuan temu janji untuk penyerahan borang.
  4. Hantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.

Bagi mana-mana individu yang langsung tidak mempunyai kemudahan telefon pintar atau rangkaian internet pula, mereka dikehendaki menelefon mana-mana Balai Polis terdekat untuk membuat temu janji bagi mengisi borang “Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)” yang telah disediakan.

JADUAL PERGERAKAN

Orang ramai yang telah mendapat kelulusan boleh membuat pergerakan masing-masing seperti ketetapan berikut:

  1. Pergerakan untuk pulang dari Kuala Lumpur adalah pada 7 Mei 2020 (Khamis),
  2. Pergerakan untuk pulang dari Perak, Johor dan Kelantan adalah pada 8 Mei 2020 (Jumaat),
  3. Pergerakan untuk pulang dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang adalah pada 9 Mei 2020 (Sabtu), dan
  4. Pergerakan untuk pulang dari Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu adalah pada 10 Mei 2020 (Ahad).

Perlu diingatkan bahawa pergerakan untuk pulang ke kediaman masing-masing ini dilakukan pada hari yang telah ditetapkan sahaja. Jadi orang ramai diminta untuk membuat permohonan segera bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma