Perlu Ke Letak CGPA Dalam Resume? Boleh Nak Letak, Ini Caranya
Perlu ke letak keputusan CGPA dalam resume? Ada yang cakap tak perlu, namun ada juga yang cakap perlu untuk pihak majikan menilai prestasi kita. Pointer yang rendah tidak bermakna anda tidak boleh buat kerja! Namun, nak memasuki pasaran kerja dengan pointer yang rendah, graduan mestilah tonjolkan diri dalam resume dan juga semasa temuduga.
Anda mesti yakinkan penemuduga bahawa anda adalah calon pekerja yang terbaik untuk syarikat tersebut. Kadang-kadang penemuduga tidak memandang pointer pun. Apa yang dipandang adalah kebolehan bekerja.
Tidak ada gunanya kalau pointer tinggi tetapi tak tahu buat kerja!
Nak masukkan pointer dalam resume, pastikan anda ikut panduan yang dikongsikan di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
KEPUTUSAN CGPA
CGPA adalah markah keseluruhan bagi semua semester yang telah semua pelajar lalui.
Jika anda mendapat pointer CGPA 3.5 keatas, anda akan dianugerahkan ijazah kelas pertama. Untuk pengiraan CGPA, markah bagi setiap gred yang diperoleh bagi sem lepas akan dibahagi dengan jumlah kredit yang telah diambil.
Antara kepentingan CGPA yang tinggi adalah:
- Membolehkan anda meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
- Memasuki universiti yang baik
- Mendapatkan biasiswa
- Membantu untuk mencari pekerjaan
PERLU KE LETAK CGPA DALAM RESUME?
Persoalannya di sini adalah, perlu ke masukkan CGPA dalam resume?
Fresh graduate digalakkan untuk masukkan CGPA dalam resume. Ini kerana sesetengah penemuduga suka melihat pointer anda sebagai satu cerminan kepada sikap anda ketika anda berada di institusi pengajian.
Namun, tidak semua pointer tinggi menunjukkan bahawa calon tersebut mempunyai kemahiran atau pengalaman yang diperlukan oleh majikan.
Ianya adalah satu bonus sekiranya calon mempunyai kedua-dua kelebihan ini.
CARA MASUKKAN CGPA DALAM RESUME
Berikut adalah panduan masukkan CGPA dalam resume yang anda boleh ikut:
- Letakkan CGPA dengan angka yang betul dan tepat seperti contoh berikut: CGPA 3.65
- Jangan rounding nombor CGPA anda. Mungkin penemuduga akan melihat transkrip anda. Contohnya: CGPA 3.65 jadikan 3.70
Bagi graduan yang pointer agak rendah, anda digalakkan untuk memantapkan resume anda dengan memasukkan:
- Pengalaman kerja/internship/part time berkaitan dengan jawatan yang dipohon
- Masukkan pencapaian anda yang terbaik pernah anda capai dan kaitkan dengan pekerjaan yang anda mohon
- Masukkan Juga 11 Ciri Budaya Calon Yang Majikan Cari Dalam Setiap Resume, Pastikan Ada Dalam Resume Anda
- Cara Masukkan Kemahiran Multitasking Dalam Resume Supaya Majikan Lebih Tertarik
- Nyatakan kelebihan anda yang lain-lain seperti kebolehan berbahasa selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris seperti Bahasa Mandarin, Bahasa Jepun, Bahasa Arab dan sebagainya.
- Masukkan 8 Kemahiran Mahal Ini Dalam Resume Untuk Pikat Majikan Jika Ada
Baca juga: Graduan Pointer Rendah, Masukkan Maklumat Ini Dalam Resume Untuk Tarik Perhatian Majikan
Mengapa digalakkan meletakkan kemahiran, kelebihan dan pencapaian anda? Ini kerana maklumat ini akan membezakan antara anda dengan calon yang lain dan kemungkinan besar anda menjadi pilihan majikan untuk menjawat jawatan yang diiklankan.
Semoga bermanfaat!