Ada Kelayakan Lebih Tinggi Dari Jawatan Dimohon, Perlu Ke Bagitahu Panel Temuduga?
Dapat panggilan temuduga bagi jawatan memerlukan kelayakan rendah dari kelayakan yang anda ada? Pastinya calon temuduga tertanya-tanya sama ada mereka perlu letakkan pencapaian akademik mereka yang tertinggi di dalam resume atau memberitahu kepada panel temuduga semasa interview dijalankan.
Contohnya anda dipanggil temuduga bagi jawatan dengan gred 19 yang memerlukan kelayakan SPM sahaja sedangkan anda ada kelayakan Diploma. Sebenarnya tak salah pun anda mohon jawatan gred yang lebih rendah selagi anda mematuhi dasar one-step-lower.
Tapi perlu ke bagitahu panel tentang kelayakan tertinggi anda semasa temuduga jawatan yang gred rendah? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui penjelasannya.
Baca: Jenis Gred Jawatan Kerja Kerajaan Yang Boleh Dimohon Ikut Kelayakan Anda
Isi Kandungan
5 TIPS BERITAHU PANEL TEMUDUGA JIKA ADA KELAYAKAN TINGGI
Bukan mudah ya beritahu kepada panel temuduga jika anda mempunyai sijil akademik yang lebih tinggi daripada jawatan yang dipohon. Panel akan mula tanya soalan berkaitan kepada anda.
Berikut adalah tips boleh anda aplikasikan sekiranya ingin beritahu kepada panel temuduga sekiranya mempunyai sijil akademik lebih tinggi daripada jawatan yang dipohon.
Nyatakan Sebab Anda Mohon Jawatan Tersebut
Anda perlu sediakan beberapa jawapan yang sesuai mengapa anda memohon jawatan yang memerlukan tahap akademik yang lebih rendah. Adakah kerana ia susah untuk dapatkan jawatan yang sesuai dengan tahap akademik anda? Berikan jawapan yang profesional dan bersesuaian seperti anda mempunyai kemahiran yang diperlukan, kelayakan yang tepat dengan jawatan yang dipohon dan nyatakan kelebihan serta pengalaman bekerja anda.
Tunjukkan Minat Anda Pada Jawatan Dimohon
Seterusnya, tunjukkan minat anda pada jawatan yang dipohon. Contohnya dengan menyatakan bahawa anda pernah memohon jawatan ini melalui SPA9 sebelum ini dengan menggunakan sijil akademik yang diperlukan. Tetapi tidak mempunyai rezeki dan seterusnya dalam masa yang sama anda melanjutkan pelajaran sehingga ijazah. Tetapi anda masih lagi berminat untuk memohon jawatan tersebut walaupun mempunyai ijazah.
Jadi, panel temuduga akan dapat melihat bahawa anda sangat berminat dengan jawatan yang dipohon walaupun anda mempunyai pencapaian akademik yang lebih tinggi dari jawatan yang dipohon.
Perlu Ke Bagitahu Sebenarnya?
Sebenarnya ia terpulang kepada anda. Tetapi anda digalakkan untuk menyatakan hal yang sebenar. Lebih baik jujur kerana kejujuran menyebabkan penemuduga akan meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada anda. Selain itu, pihak SPA boleh membuat semakan keputusan akademik anda secara silang dengan jabatan yang berkaitan. Ingat, jangan sembunyikan maklumat dan berikan alasan yang meyakinkan panel temuduga ya!
Rujuk: “Kenapa Mohon Jawatan SPM/ Gred 19 Sedangkan Ada Diploma?” Ini Contoh Jawapan Dalam Temuduga
Mesti anda memikirkan sekiranya beritahu kepada panel, apa yang akan terjadi, bukan? Jangan risau, panel temuduga tidak akan gagalkan anda dengan mudah sekiranya anda berlaku jujur dalam hal ini. Yakin panel bahawa anda layak untuk memegang jawatan yang dipohon dan nyatakan kelebihan anda.
Nyatakan juga anda boleh lakukan tugas yang diberikan walaupun kelayakan akademik yang diperlukan lebih rendah dan anda tidak mengamalkan sikap ego ketika melakukan tugasan.
Semoga bermanfaat!