Nikmati Perkhidmatan Bas Rapid Penang Percuma Mulai 1 Mac
Berita baik buat semua rakyat Pulau Pinang! Rakyat Pulau Pinang bakal menikmati perkhidmatan bas Rapid Penang secara PERCUMA bermula 1 Mac 2021. Menurut Exco Infrastruktur dan Pengangkutan, Zairil Khir Johari berkata, kesemua penduduk negeri ini yang berwarganegara Malaysia boleh menggunakan kemudahan tersebut pada bila-bila masa.
Usaha ini adalah inisiatif kerajaan negeri yang bekerjasama dengan pengendali Rapid Penang iaitu Kumpulan Prasarana untuk membantu meringankan beban rakyat Pulau Pinang.
Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan Bas Rapid Penang percuma, baca selanjutnya di bawah.
Isi Kandungan
TEMPOH PERKHIDMATAN BAS PERCUMA
Perkhidmatan bas percuma di negeri Pulau Pinang yang disediakan oleh kerajaan negeri itu adalah sepanjang tempoh berikut:
- 1 Mac hingga 31 Disember 2021
LANGGAN PAS PERJANALAN PERCUMA TANPA HAD
Untuk mendapatkan perkhidmatan bas percuma ke seluruh Pulau Pinang TANPA had, pengguna hanya perlu:
- Langgani Pas Perjalanan Percuma Tanpa Had My30 yang berharga RM10 sahaja
Pengguna yang sudah mempunyai Pas Mutiara My30 TIDAK PERLU lagi membeli kad baharu sebaliknya hanya perlu:
- Perbaharui kad secara PERCUMA di kiosk tertentu
LALUAN PERKHIDMATAN BAS PERCUMA
Pada tarikh yang ditetapkan dengan pembiayaan kad oleh kerajaan negeri, rakyat Pulau Pinang boleh menikmati bas percuma di:
- SEMUA laluan di seluruh Pulau Pinang
Prasarana kini mempunyai 400 buah bas yang meliputi 50 laluan di seluruh pulau Pinang.
Pas Perjalanan Percuma Tanpa Had My30 tersebut hanya boleh digunakan untuk perkhidmatan bas Rapid Penang sahaja dan bukannya bas percuma lain yang disediakan kerajaan negeri sebelum ini.
GALAKAN PENGGUNAAN PENGANGKUTAN AWAM
Kerajaan negeri memperuntukkan RM3 juta untuk program ini sehingga 31 Disember ini. Pengguna sedia ada berjumlah RM2,300 dan kita menggalakkan lebih ramai menggunakan perkhidmatan awam ini.
Kerajaan negeri percaya dengan pembiayaan ini, ia berupaya menjadi pemangkin untuk menarik lebih ramai penduduk Pulau Pinang beralih kepada pengangkutan awam berbanding kenderaan persendirian.
Dengan Pas Perjalanan Percuma Tanpa Had My30 ini juga pengguna bakal meraih penjimatan kos seharian seperti petrol, parkir dan tol.